Simbolisme dalam filem Melayu: analisis terhadap hubungan watak dan simbol

M Fazmi Hisham, (2012) Simbolisme dalam filem Melayu: analisis terhadap hubungan watak dan simbol. Gendang Alam, 3 (1). p. 145. ISSN 2180-1738

[img]
Preview
Text
Simbolisme dalam filem Melayu.pdf

Download (95kB) | Preview

Abstract

Esei ini cuba memahami hubungan simbolisme visual dengan watak dalam filem atau video naratif. Kekuatan imej membentuk satu cerita kurang dititik beratkan dalam filem tempatan. Apa yang jelas hanyalah aspek verbal sebagai pencerita dan bukannya fotografi sebagai pencerita. Kekuatan sesebuah filem adalah bergantung kepada aspek sinematografi yang luas. Simbolisme visual yang cuba dikupas ini adalah tertumpu kepada aspek visual di dalam sesebuah filem. Hubungannya dengan watak menerusi ruang komposisi adalah amat berkaitan dalam menyampaikan sebarang makna. Dalam bidang sinematografi keindahan sesebuah filem bergantung kepada bagaimana pembikin filem itu mencorakkan watak dalam ruang komposisi visual tanpa penerangan dari watak lain. Pembikin filem perlu peka isi dalaman sesebuah naratif supaya hanya imej dan visual yang simbolik sahaja akan berbicara kepada audien. Dalam filem, kandungan sesuatu yang simbolik itu adalah sebagai daya penarik kepada audien untuk membandingkan resonant shots dan imej yang berkaitan. (Bruce F. Kawin, 1987, 232)

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Simbolisme, naratif, watak, shot, makna
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Mar 2018 02:24
Last Modified: 01 Mar 2018 02:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18991

Actions (login required)

View Item View Item