Saudara baru dan peranannya dalam arena dialog antara agama

Suraya Sintang, and Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali, (2014) Saudara baru dan peranannya dalam arena dialog antara agama. Jurnal MANU, 19. pp. 109-126.

[img]
Preview
Text
Saudara baru dan peranannya dalam arena dialog antara agama.pdf

Download (92kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan peranan saudara baru dalam bidang dialog antara agama di peringkat akar umbi (interreligious dialogue at the grassroots). Peranan saudara baru ditonjolkan melalui penglibatan mereka dalam dialog seharian dengan Muslim dan non-Muslim. Melalui dialog seharian dengan Muslim inilah, interaksi interpersonal dibina sehingga memupuk jalinan perkenalan, hubungan persahabatan dan ikatan persemendaan yang akhirnya mendorong berlakunya konversi kepada Islam. Peranan selanjutnya mengetengahkan pengalaman saudara pada peringkat pascakonversi yang menjelaskan dua dimensi dialog, iaitu dimensi interagama dan dimensi intraagama. Pengalaman ini menonjolkan saudara baru sebagai tali penghubung (bridge builder) antara Muslim dan non-Muslim dan perantara budaya (cultural mediator) bagi menjernihkan kesalahfahaman antara pihak berbeza agama. Daripada pengalaman dua fasa kehidupan inilah, kajian mendapati saudara baru merupakan peserta dialog non-elit yang berperanan sebagai perantara hubungan Muslim-non-Muslim dan mengetengahkan penglibatan masyarakat awam dalam arena dialog antara agama.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Religion , Islam , bridge builder
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Mar 2018 02:33
Last Modified: 01 Mar 2018 02:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19011

Actions (login required)

View Item View Item