Kesan kalium yang disebatikan dengan baja organik ke atas pertumbuhan vegetatif serta kualiti pemakanan jagung manis Thai Supersweet

Nuratika Abdul Karim, (2016) Kesan kalium yang disebatikan dengan baja organik ke atas pertumbuhan vegetatif serta kualiti pemakanan jagung manis Thai Supersweet. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan kalium yang disebatikan dengan baja organik ke atas pertumbuhan vegetatif serta kualiti pemakanan jagung manis Thai Supersweet.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dl dalam rumah perlindungan hujan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan dari April 2015 hingga September 2015 untuk mengkaji beberapa kadar kesan kalium (30, 60 dan 90 kg ha-1) yang disebatikan dengan baja organik (20, 40 dan 60 tan ha-1) ke atas pertumbuhan vegetatif serta kualiti pemakanan jagung manis varieti Thai Supersweet. Rawatan rawatan tersebut diatur menggunakan Reka Bentuk Rawak Lengkap (CRD) dengan tiga replikasi. Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan ANOVA sehala dengan keertian 5%. Keputusan untuk pertumbuhan vegetatif jagung manis menunjukkan rawatan K3M3 mempunyai ketinggian pokok jagung manis tertinggi iaitu 159.63 sm. Rawatan K1M3 mempunyai ukuran liIitan batang pokok jagung manis tertinggi iaitu 8.63 sm. Rawatan K2M1 mempunyai bilangan daun pokok jagung manis tertinggi iaitu 17.67. Keputusan komponen hasil pula menunjukkan rawatan K2M3 dan rawatan K3M3 mempunyai jumlah tongkol per pokok tertinggi iaitu 2 tongkol. Rawatan KIM3 menunjukkan paras tinggi tongkol dari permukaan tanah yang menghasilkan kualiti tongkol terbaik iaitu 100.17 sm. Rawatan K2M3 mempunyai panjang tongkol pertama tertinggi iaitu 31.8 sm. Rawatan KIM2 mempunyai ukuran lilitan tongkol jagung manis kedua tertinggi iaitu 19.77 sm selepas rawatan kawalan C4 (20.5 sm). Rawatan K3M3 menghasilkan bilangan butiran jagung kedua tertinggi iaitu 482.3 butir selepas rawatan kawalan (498.3 butir). Manakala, rawatan K1M2 menghasilkan berat 100 butiran jagung manis kedua tertinggi iaitu 15.80 g. Bagi unjuran hasil pula, rawatan KIMl dan K3Ml mempunyai hasil tongkol (tan ha-1) kedua tertinggiiaitu 6.81 tan ha-1• Rawatan K3M3 mempunyai hasil butiran tongkol jagung (tan ha-1) kedua tertinggi iaitu 1.21 tan ha-1 selepas rawatan kawalan (1.74 tan ha-1). Manakala kualiti pemakanan jagung manis pula, rawatan K1M1 menghasilkan jumlah pepejal terlarut tertinggi iaitu 17.13 °Brix. Bagi analisis tanah pula, rawatan K2Ml menghasilkan bahan organik tanah tertinggi iaitu 12.8%. Rawatan K2M3 pula menunjukkan purata kandungan nitrogen tertinggi iaitu 0.49% manakala rawatan K3M3 pula menunjukkan kandungan fosforus tertinggi sebanyak 203.59 ppm. Oleh itu, kadar yang terbaik yang boleh disyorkan kepada petani ialah rawatan K3M3 (90 kg ha-1 kalium disebatikan dengan 60 tan ha-1 baja najis ayam) kerana menghasilkan jumlah tongkol, jumlah butiran jagung per tongkol dan pengeluaran hasil butiran (tan ha-1) kedua tertinggi. cadangan kedua yang boleh disarankan kepada petani ialah rawatan KlMl (30 kg ha-1 kalium disebatikan dengan 20 tan ha-1 baja najis ayam) kerana menghasilkan jumlah kemanisan tertinggi (17.13 °Brix), panjang tongkol ketiga tertinggi (30.07 sm) dan pengeluaran hasil tongkol (tan ha-1 ) kedua tertinggi (1.21 tan ha-1). Hasil daripada kajian ini juga membuktikan bahawa kemanisan jagung komposit iaitu jagung manis Thai Supersweet lebih manis berbanding jagung manis hibrid dengan menggunakan rawatan kalium yang disebatikan dengan baja najis ayam yang dapat menghasilkan pertumbuhan, penghasilan dan kualiti pemakanan jagung manis Thai Supersweet yang tinggi berbanding dengan rawatan yang menggunakan baja NPK sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Organic fertilizer , sweet corn , vegetative
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2018 02:31
Last Modified: 02 Mar 2018 02:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19063

Actions (login required)

View Item View Item