Perbandingan pemilihan daging lembu dan daging kambing dalam kalangan pengguna di Kangar, Perlis

Nurdalila Tabri, (2016) Perbandingan pemilihan daging lembu dan daging kambing dalam kalangan pengguna di Kangar, Perlis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perbandingan pemilihan daging lembu dan daging kambing dalam kalangan pengguna Di Kangar.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan daging lembu dan daging kambing dalam kalangan pengguna di Kangar, Perlis. Seramai 100 orang pengguna lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini yang terdiri daripada Melayu, ana dan India. Kaedah persampelan yang digunakan dalam pemilihan responden adalah kaedah persampelan mudah secara rawak. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini.Seterusnya adalah untuk mengetahui faktor faktor yang mempengaruhi pemilihan daging lembu dan daging kambing di kalangan responden serta perbezaan faktor yang mempengaruhi pemilihan daging lembu dan daging kambing di kalangan responden. Kaedah seal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, analisis min, sum dan T-Test Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi pemilihan daging lembu adalah faktor tiga iaitu kemudahan (Recreational) manakala faktor utama pemilihan daging kambing adalah faktor satu iaitu kesempurnaan (Perfectionistic). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan pemilihan daging lembu dan daging kambing dalam kalangan pengguna di Kangar, Perlis. Faktor utama yang mempunyai perbezaan adalah faktor kemudahan (Recreational) dan dikuiti oleh faktor- faktor kesempumaan (Perfectionistic), kesedaran harga (Price CCJnsciousness) dan kegemaran (Habitual).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Beef and mutton , perfectionistic , price consdousness , habitual
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2018 02:32
Last Modified: 02 Mar 2018 02:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19065

Actions (login required)

View Item View Item