Geologi am dan geokimia bahagian Selatan Pulau Labuan

Razan Hasnol, (2014) Geologi am dan geokimia bahagian Selatan Pulau Labuan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan geokimia bahagian Selatan Pulau Labuan.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian selatan Pulau Labuan dan berkeluasan kira-kira 100 kilometer persegi, dibatasi garis lintang 05°16' U hingga 05°20' U dan garis bujur 115°09' T hingga 115°17' T. Kawasan kajian terdiri daripada Endapan Aluvium (Kuartenari), Formasi Belait (Miosin Atas -Pliosin), Formasi Syal Setap (Miosin Bawah- Miosin Tengah), Formasi Temburong (Oligosin Bawah - Miosin Bawah), dan juga Formasi Crocker (Eosin Atas - Miosin Bawah). Formasi Belait terdiri daripada selang lapis batu pasir tebal dan batu lumpur. Formasi Syal Setap pula terdiri daripada syal dan batu lumpur yang tebal, kadangkala berselang lapis dengan batu pasir turbidit dan batuan lempung. Seterusnya, Formasi Temburong kebanyakan terdiri daripada syal berwarna gelap dengan sedikit lapisan batu pasir atau lapisan nipis batu kapur. Akhir sekali ialah Formasi Crocker yang merupakan formasi paling tua dan terdiri daripada selang lapis batu pasir dan batu lumpur. Kawasan kajian dipercayai telah mengalami satu episod aktiviti tektonik berarah Barat Laut-Tenggara. Sebanyak 50 sampel tanah, 2 sam pel batuan dan 2 sampel air telah diambil untuk kajian analisis makmal. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan sampel yang diambil ialah berasid dengan kepekatan berjulat 3.66 - 5.35 untuk Formasi Belait, 5.00 - 7.73 untuk Formasi Syal Setap, 4.39 - 5.00 untuk Formasi Temburong dan 4.71 - 6.62 untuk Formasi Crocker. Julat kepekatan logam berat dalam Formasi Belait ialah 8.34 - 19.32 mg/kg, 1.62 - 18.30 mg/kg, 1.77 - 23.09 mg/kg, 5.17 - 16.01 mg/kg, 16.48 - 65.19 mg/kg masing-masing bagi kromium, kuprum, nikel, plumbum, dan zink. Untuk Formasi Syal Setap pula berjulat 9.43 - 16.65 mg/kg (kromium), 3.19 - 20.73 mg/kg (kuprum), 2.46 - 19.89 mg/kg (nikel), 3.50 - 15.47 mg/kg (plumbum) dan 11.04 - 61.74 mg/kg (zink). Seterusnya, kepekatan logam dalam Formasi Temburong berjulat 9.37 - 19.41 mg/kg (kromium), 3.23 - 15.34 mg/kg (kuprum), 2.27 - 10.88 mg/kg (nikel), 5.67 - 22.16 mg/kg (plumbum) dan 5.82 - 51.27 mg/kg (zink), manakala Formasi Crocker pula berkepekatan 9.99 - 12.40 mg/kg (kromium), 2.15 - 9.52 mg/kg (kuprum), 2.05 - 5.71 mg/kg (nikel), 5.42 - 12.85 mg/kg (plumbum) dan 10.90 - 37.81 mg/kg (zink). Walaupun ada sesetengah sampel mempunyai kepekatan logam berat yang agak tinggi, tetapi ianya tidak sampai ke tahap toksik. Parameter utama yang mengawal kepekatan logam ini ialah peratusan lempung.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sandstones , mudstones, tectonic
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2018 02:36
Last Modified: 02 Mar 2018 02:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19096

Actions (login required)

View Item View Item