Pengawetankrio biji benih Cymbidium Finlaysonianum dengan kaedah Vitrifikasi

Patricia Balla, (2014) Pengawetankrio biji benih Cymbidium Finlaysonianum dengan kaedah Vitrifikasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengawetankrio biji benih Cymbidium Finlaysonianum dengan kaedah Vitrifikasi.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mewujudkan satu protokol pengawetan krio biji benih C finlaysonianum melalui kaedah vitrifikasi bagi mengkaji pengaruh tempoh masa inkubasi di dalam larutan pemuat dan pengaruh tempoh masa penyimpanan di dalam cecair nitrogen ke atas kemanclirian biji benih C finlaysonianum. Biji benih C finlaysonianum yang dituai enam bulan selepas proses pendebungaan telah disimpan secara langsung ke dalam LN dan juga diawetkrio melalui kaedah vitrifikasi. Viabiliti biji benih diuji berasaskan ujian TIC dan ujian percambahan. Bagi mengkaji pengaruh tempoh masa inkubasi biji benih di dalam larutan pemuat, biji benih dirawat dengan menggunakan larutan pemuat pada suhu 25°C selama 0 minit, 15 minit, dan 60 minit. Biji benih telah didehidrasi menggunakan larutan PVS2 selama 60 minit di atas ais dan kemudian disimpan di dalam cecair nitrogen. Bagi mengkaji tempoh masa penyimpanan biji benih di dalam cecair nitrogen, biji benih dirawat dengan kaedah vitrifikasi sebelum disimpan di dalam cecair nitrogen selama 1 jam, 1 hari, 2 minggu dan 2 bulan. Hasil kajian menunjukkan peratusan viabiliti biji benih yang tidak dirawat dengan larutan pemuat adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 90.96 ± 1.0%. Peratusan viabiliti biji benih yang disimpan pada tempoh masa 1 jam di dalam LN adalah paling tinggi iaitu 94.7 ± 1.2%. Tiada percambahan berlaku bagi biji benih C finlaysonianum yang dirawat menggunakan kaedah vitrifikasi. Selepas 5 bulan dikultur di atas media percambahan NDM, biji benih yang telah disimpan secara terus ke dalam cecair nitrogen membentuk protokom, akar rhizoid, dan mengeluarkan pucuk. Tempoh masa inkubasi biji benih di dalam larutan pemuat mempengaruhi kadar viabiliti dan percambahan biji benih secara negatif. Tempoh masa penyimpanan biji benih di dalam cecair nitrogen juga mempengaruhi kadar viabiliti dan percambahan biji benih secara negatif.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cryopreservation of seeds , nitrogen , vitrification
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:09
Last Modified: 07 Mar 2018 09:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19103

Actions (login required)

View Item View Item