Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal

Jurry Foo, and Harifah Mohd Noor, (2012) Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 30-37. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
Text
Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal.pdf

Download (95kB) | Preview

Abstract

Sistem Tagal adalah salah satu kaedah pengurusan biosfera, khususnya sungai yang diadaptasi daripada amalan tradisi masyarakat tempatan di Sabah. Kaedah ini telah diperluaskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DoF) sebagai satu pendekatan menguruskan sungai di samping memulihara sumber akuatik di negeri ini. Sejak pelaksanaannya pada awal tahun 2000, kejayaan sistem ini telah menjadi sebutan, bukan sahaja meningkatkan kualiti persekitaran sosial, tetapi juga menyumbang kepada kualiti persekitaran fizikal terutama kebersihan sungai dan populasi ikan sungai. Pencapaian ini diyakini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penglibatan masyarakat, memandangkan pelaksanaan sistem ini yang berbentuk usaha sama antara kerajaan, melalui DoF dengan masyarakat tempatan, yang dikenali juga sebagai hubungan ‘smart partnership’. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan respon masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal daerah Ranau, yang tertumpu kepada Kg. Luanti, Kg. Pinawantai dan Kg, Kinarasan. Pemerhatian, soal selidik dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat tempatan menunjukkan pelbagai reaksi terhadap pelaksanaan sistem ini, khususnya dari aspek dorongan penglibatan, corak penglibatan dan corak kepuasan. Hasil kajian ini akan dapat memberikan gambaran asas terhadap respon masyarakat terhadap pelaksanaan sistem Tagal.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aquatic resources, community response, environmental quality, management of the biosphere, smart partnerships, Tagal system
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 08 Mar 2018 02:25
Last Modified: 08 Mar 2018 02:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19136

Actions (login required)

View Item View Item