Rancangan Malayanisasi dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1970

Sharifah Darmia Sharif Adam, (2016) Rancangan Malayanisasi dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1970. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 24. pp. 21-65. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Rancangan Malayanisasi dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1970.pdf

Download (94kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang memperlihatkan tinjauan dibuat ke atas pelaksanaan rancangan Malayanisasi semasa PTM di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Kemudian, tahap kedua pula merangkumi tahun 1957 hingga 1970 yang meninjau berkenaan pelaksanaan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam selepas PTM mencapai kemerdekaan dan berada di bawah pentadbiran kerajaan PTM. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenalpasti tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kolonial British dan kerajaan PTM untuk melaksanakan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam yang telah meninggalkan kesan besar ke atas dasar pengambilan kakitangan awam di PTM. Hasilnya, rancangan Malayanisasi yang dilaksanakan melalui dasar pengambilan kakitangan awam dalam dua era pentadbiran tersebut didapati telah mempengaruhi peningkatan jumlah kakitangan daripada kalangan warganegara PTM yang dilantik untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Rancangan Malayanisasi , warganegara , kakitangan awam dan perkhidmatan awam
Subjects: [error in script]
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 08 Mar 2018 02:28
Last Modified: 08 Mar 2018 02:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19174

Actions (login required)

View Item View Item