Kesan pembandaran terhadap persekitaran fizis di sekitar kawasan kilometer23-27.5 Lebuhraya Kota Kinabalu-Tuaran, Sabah

Ismail Abd Rahim., (2001) Kesan pembandaran terhadap persekitaran fizis di sekitar kawasan kilometer23-27.5 Lebuhraya Kota Kinabalu-Tuaran, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kesan pembandaran terhadap persekitaran fizis.pdf

Download (872kB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang didasari oleh batuan Formasi Crocker berusia Eosen - Awal Miosen dan endapan aluvium kuaterner telah mengalami aktiviti pembandaran pesat dan perubahan kepada guna tanah yang seterusnya membawa kepada perubahan persekitaran fizis seperti topografi, meteorologi, geologi, tanah, hidrologi dan saliran serta kawasan bencah. Perubahan guna tanah yang melibatkan pemotongan bukit dan cerun bukit, penimbusan, pembuangan tumbuhan penutup dan pembinaan infrastruktur telah menyebabkan pendedahan permukaan, perubahan sistem saliran dari segi bentuk, muatan alur dan kelancaran aliran saliran, kehilangan storan permukaan, kepupusan habitat dan hidupan biologi, kewujudan permukaan tidak telap dan perubahan kestabilan batuan. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan keberkesanan tindakan luluhawa, sejatan permukaan dan aliran permukaan serta pengurangan kadar penapisan air ke bawah permukaan (infiltrasi) dan transpirasi. Kejadian hakisan tanah, kelodakan, pencemaran saliran, banjir kilat dan tanah runtuh merupakan kesan pembandaran daripada perubahan persekitaran fizis di kawasan kajian. Kadar hakisan tanah di kawasan kajian adalah tinggi terutama di kawasan perbukitan yang mengalami pemotongan cerun dan pemdedahan iaitu di bahagian barat permatang Bukit Giling. Kelodakan yang memperolehi sumber daripada hasil tindakan luluhawa dan hakisan tanah telah menyebabkan perubahan kepada keseragaman alur saliran, penurunan kadar penapisan air ke bawah permukaan di dataran aluvium, pencetekan alur dan kenaikan paras permukaan. Pencemaran saliran pula merupakan lanjutan daripada proses kelodakan yang aktif semasa musim hujan terutama saliran yang berhampiran dengan kawasan pembinaan. Banjir kilat pula kerap berlaku dan menyebabkan penenggelaman jalanraya dan rumah kediaman di dataran aluvium. Masalah tanah runtuh kritikal belum pernah direkodkan berlaku di kawasan kajian tetapi berpotensi di kawasan cerun perbukitan yang didasari batuan Formasi Crocker. Faktor utama yang mempangaruhi kesan pembandaran di kawasan kajian adalah perancangan yang kurang baik, faktor semulajadi, aktiviti manusia, sikap masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah persekitaran yang kurang berkesan. Oleh itu, bagi mengatasi dan mengelakkan kesan pembandaran seperti yang berlaku di kawasan kajian adalah melalui penggunaan perancangan dan pengurusan pembandaran (guna tanah) yang mampan, mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah persekitaran dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan persekitaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: soil erosion, drainage pollution, urbanization, environmental protection
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 22 Mar 2018 02:13
Last Modified: 22 Mar 2018 02:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19328

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository