Kajian kepekatan logam berat (Cd, Cu, Cr, Pb dan Zn) dalam Meretrix meretrix roding di estuari Sungai Likas

Jovita Sidi, (2005) Kajian kepekatan logam berat (Cd, Cu, Cr, Pb dan Zn) dalam Meretrix meretrix roding di estuari Sungai Likas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kajian kepekatan logam berat .pdf

Download (742kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepekatan logam-Iogam berat (Cd, Cr, Cu, Pb dan Zn) dalam tisu Meretrix meretrix Roding ataupun Dalus (nama tempatan) yang hidup di estuari Sungai Likas. Min kepekatan Cd dalam tisu Meretrix meretrix Reding di Likas 1 (kawasan tengah estuari) dan Likas 2 (kawasan berhampiran pantai) masing-masing adalah 3.273 ± 1.460 µ/g dan 2.413 ± 1.353 µ/g, nHai Cu masing-masing adalah 6.622 ± 1.302 µ/g dan 6.527 ± 1.784 µ/g, nilai Cr masing-masing adalah 2.279 ± 2.371 µ/g dan 1.159 ± 0.592 µ/g, nilai Pb masing-masing adalah 1.738 ± 0.919 µ/g dan 1.718 ± 0.585 µ/g, dan nilai Zn masing-masing adalah 106.728 ± 28.825 µ/g dan 84.734 ± 12.254 µ/g. Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kepekatan logam-Iogam berat tersebut (kecuali logam Pb) dalam tisu Meretrix meretrix yang diperolehl dari kawasan tengah estuari adalah lebih tinggi berbanding Meretrix meretrix yang diperolehi dari estuari berhampiran pantai. HasH daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa min kepekatan logam berat dalam tisu moluska tersebut dl estuari Sungai Likas adalah lebih tinggi (p<0.05) berbanding dengan moluska sedemikian yang terdapat di estuari Kota Belud dan Sandakan. Meretrix meretrix juga didapati mengandungi logam Cd, Cr dan Zn lebih tinggi berbanding Anadara Granosa; dan logam Cd dan Cr berbanding Crassostrea iredalei (p<0.05). Berdasarkan perbandingan kepekatan logam-logam berat dalam tisu moluska, jumlah sedimen dan sedimen halus, didapati bahawa tisu Meretrix meretrix boleh menggambarkan kehadiran pencemaran oleh logam berat di sesuatu kawasan. Meretrix meretrix mampu menumpuk logam berat sehingga 10-10³ kali lebih tinggi daripada air, manakala nilai faktor pemekatan daripada sedimen adalah 0.01-5.4. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Meretrix meretrix adalah berpotensi untuk digunakan sebagai petunjuk biologi bagi pencemaran Iogam Cd, Cu, Pb dan Zn di kawasan estuari. Kepekatan logam berat dalam tisu Meretrix meretrix di estuari Sungai Likas adalah masih berada di bawah paras yang dibenarkan dalam Peraturan Makanan Malaysia (1985), dan juga standard antarabangsa bagi logam dalam moluska yang diluluskan oleh Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: concentration, heavy metals, meretrix, Sungai Likas
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 22 Mar 2018 02:12
Last Modified: 22 Mar 2018 02:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19329

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository