Pemencilan, pencirian dan penskrinan Pendegrad Fenol daripada Enapcemar minyak tulen

Fong, Sylvia,Yu Zhen (2008) Pemencilan, pencirian dan penskrinan Pendegrad Fenol daripada Enapcemar minyak tulen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pemencilan, pencirian dan penskrinan Pendegrad Fenol daripada Enapcemar minyak tulen.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian pemencilan, pencirian, dan penskrinan pendegrad fenol yang berpotensi daripada sumber enapcemar minyak tulen dijalankan dengan menggunakan dua teknik iaitu teknik penyebaran terns dan teknik pengkayaan. Daripada teknik penyebaran terus, sebanyak 16 strain dapat dipencilkan manakala 22 strain dapat dipencilkan melalui teknik pengkayaan. Media Ramsay dan Nutrien telah digunakan untuk pertumbuhan strain pada suhu 30°C selama 24 jam. Selepas mengklasiftkasikan strain terpilih berdasarkan ciri-ciri koloninya, terdapat lima strain terpilih sahaja yang diberi kod RMOSP-D8, RMOSP-E30, NAOSPE9, NAOSP-Ell dan NAOSP-E24. Kelima-lima strain ini kemudiannya dijalankan ujian biokimia untuk tindak balas aktiviti enzim iaitu katalase, motiliti, H2S, pewamaan spora, pewarnaan Gram dan morfologi sel. Selepas ujian biokimia dijalankan, pencirian untuk kelima-lima strain terpilih ini dijalankan iaitu warna, konfigurasi, margin dan ketinggian. Analisis penskrinan dijalankan dan didapati bahawa kelima-lima strain terpilih ini berupaya tumbuh atas agar Ramsay dan agar Nutrien serta dalam kaldu Ramsay dan kaldu Nutrien yang mengandungi kepekatan 2.SmM, 3.0mM, 3.SmM dan 4.0mM fenol. Antara kelima-lima strain terpilih ini, strain NAOSP-E24 mempunyai pertumbuhan yang paling tinggi. Dua strain terpilih iaitu NAOSP-Ell dan NAOSP-E24 telah dipilih untuk mengukur kadar pertumbuhan strain selama 23 jam dengan menggunakan spektrofotometer UV pada keamatan optikal 600nm. Didapati kadar pertumbuhan NAOSP-E24 adalah lebih tinggi daripada NAOSP-El1. Ciri-ciri bagi strain NAOSP-E24 adalah berwarna kuning. berkonfigurasi kedut, bermargin berbulu, umbonat, berkatalase positif, motiliti negatif, H2S negatif, pewamaan spora negatif, Gram negatif dan berbentuk rod.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ramsay and Nutrient , bacteria
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 22 Mar 2018 01:54
Last Modified: 22 Mar 2018 01:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19416

Actions (login required)

View Item View Item