Perbandingan habitat mikro beberapa spesies anuran di hutan primer dan hutan sekunder di pusat luar Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah

Fatanah Rukyah Alidin @ Arshad, (2008) Perbandingan habitat mikro beberapa spesies anuran di hutan primer dan hutan sekunder di pusat luar Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perbandingan habitat mikro beberapa spesies anuran di hutan primer dan hutan sekunder di pusat luar Lembah Danum.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai habitat milcro beberapa spesies katak telah dilaksanakan di hutan primer dan hutan sekunder Lembah Danum, Lahad Datu dari bulan Oktober hingga Disember 2007 dengan melibatkan dua kali sesi persampelan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan pemboleh ubah struktur habitat yang mempengaruhi kehadiran dan ketidak hadiran spesies anuran di hutan primer dan hutan sekunder. Kajian ini juga menentukan perbezaan habitat mikro beberapa spesies anuran di hutan primer dan hutan sekunder. Kaedah persampelan adalah penangkapan secara manual pada waktu Malam. Sebanyak 94 individu yang mewakili lima famili dan 35 spesies telah disampel. Spesies terbanyak adalah daripada famili Ranidae dengan 18 spesies, seterusnya famili Rhacophoridae (6 spesies), Megophryidae (4 spesies), Bufonidae (4 spesies) dan Mierohylidae (3 spesies). Spesies yang paling kerap ditangkap adalah Leptobrachium abbotti iaitu 14 tangkapan, diikuti oleh Rana picturata, Rana cOOlconata dan Rana glandulosa. Sesi persampelan pertama di hutan sekunder telah meneatatkan jumlah individu dan kepelbagaian spesies yang lebih tinggi berbanding pada persampelan kedua di hutan primer. Terdapat sembilan pembolehubah yang diukur dalam unit peratus telah digunakan dalam menentukan habitat mikro anuran dalam kajian ini iaitu kanopi, pokok besar, pokok besar tumbang, pokok keeil, pokok keeil tumbang, sarap hutan, batu kecil~ batu besar dan litupan air. Kajian mendapati bahawa spesies Leptobrachium abbott; ditemui struktur habitat mikro seperti kanopi, pokok kecil, sarap hutan, batu kecil dan batu besar yang luas. Spesies Rana picturata ditemui di kawasan yang mempunyai hampir semua habitat mikro yang ditentukan. Spesies Rana chalconata, Rana glandulosa dan Leptobrachium hendricksoni ditemui di habitat mikro dengan kanopi, pokok besar dan pokok besar tumbang yang luas. Spesies Leptolalax dring; ditemui di habitat mikro yang mempunyai peratus litupan kanopi, pokok besar dan pokok keeil yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Danum Valley , Lahad Datu , anuran species , forest
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 22 Mar 2018 01:59
Last Modified: 22 Mar 2018 01:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19438

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository