Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil di kawasan ladang kelapa sawit Mostyn di Kunak, Sabah

Muhammad Nur Hidayat Mazlan, (2008) Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil di kawasan ladang kelapa sawit Mostyn di Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil .pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil ini dilakukan di Kawasan Perladangan Kelapa Sawit Mostyn di Kunak, Sabah. Sebanyak 46 ekor mamalia kecil yang terdiri daripada Tupaia longipes, Tupaia tana, Callosciurus notatus, Rattus rattus, Sundamys whiteheadi, Sundamys muelleri dan Maxomys surifer berjaya diperolehi. Sebanyak 12 (26.09%) daripada sampel mamalia kecil yang dikaji mempunyai infeksi parasit darah seperti Plasmodium sp., Brugia sp., serta Wuchereria sp. manakala yang selebihnya tiada parasit darah ditemui. Secara umumnya, sembilan ekor mamalia kecil betina mendapat infeksi parasit manakala mamalia kecil jantan hanya tiga ekor daripada jumlah keseluruhan yang diinfeksi. Berdasarkan spesies mamalia kecil pula, Tupaia longipes mendapat infeksi parasit tertinggi iaitu lima ekor (10.86%), diikuti dengan Callosciurus notatus tiga ekor (6.52%), Rattus rattus dua ekor (4.35%), Tupaia tana dan Maxomys surfer masing-masing satu ekor (2.17%). Manakala 34 ekor mamalia kecil selebihnya (73.91%) termasuk Sundamys muelleri dan Maxomys whiteheadi, tidak mendapat sebarang infeksi daripada parasit darah. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara kehadiran infeksi parasit dengan jantina mamalia kecil tetapi tiada hubungan antara kehadiran infeksi dengan spesies mamalia kecil.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: parasite, infection, small mammals, blood
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 23 Mar 2018 08:20
Last Modified: 23 Mar 2018 08:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19484

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository