Sikap dan kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan komputer dalam proses pengajaran awal Sains

Dg. Mariam Hassan, (2015) Sikap dan kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan komputer dalam proses pengajaran awal Sains. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Sikap dan kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan teknologi.pdf

Download (765kB) | Preview

Abstract

Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru prasekolah dengan mengukur sikap dan menilai kemahiran guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (leT). Tahap kemahiran asas ICT guru diukur berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (PowerPoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet. Kajian dilaksanakan di semua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di dearah Keningau dengan melibatkan semua guru prasekolah seramai 74 orang. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data-data kajian dan hanya 60 orang guru prasekolah yang telah melengkapkan soal selidik yang diedarkan. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 18. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p < 0.05. Kajian menunjukkan terdapat hubungan linear yang positif pad a tahap sedarhana antara sikap dengan penggunaan ICT dalam kalangan guru prasekolah. Manakala dapatan antara kemahiran dengan penggunaan ICT, menunjukkan terdapat hubungan linear yang positif pada tahap sedarhana. Dapatan kajian turut menunjukkan kemahiran merupakan petunjuk utama yang menyebebkan peningkatan dalam penggunaan leT dalam kalangan guru prasekolah. Secara keseluruhaannya, kajian ini telah membawa implikasi yang signifikan kepada pihak yang terlibat dalam menjalankan dasar khususnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang terlibat dalam menganjurkan kursus ICT, agar dapat memfokuskan isu sains dan teknologi dalam semua peringkat pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: preschool teacher, attitudes, skill, ICT
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 23 Mar 2018 08:21
Last Modified: 23 Mar 2018 08:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19491

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository