Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah: penelitian terhadap unsur kearifan tempatan

Normadiah Nassir, and Low, Kok On (2015) Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah: penelitian terhadap unsur kearifan tempatan. Gendang Alam, 5. pp. 87-105. ISSN 2180-1738

[img]
Preview
Text
Penggunaan tumbuh.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah memiliki kaedah pengubatan tradisional mereka yang tersendiri. Kaedah pengubatan etnik ini disebarkan secara lisan dalam kalangan anggota masyarakatnya. Kajian ini berasaskan kerja lapangan di beberapa buah kampung di sekitar Daerah Kecil Kemabong, Tenom. Dalam kajian ini, tumpuan pengkaji adalah terhadap penggunaan tumbuh-tumbuhan bagi mengubati beberapa jenis penyakit fizikal, yang diamalkan oleh etnik Murut Tahol. Seterusnya, unsur-unsur kearifan tempatan yang berkait dengan pengubatan tradisional etnik Murut Tahol turut dibincang. Dalam kajian ini, sebanyak 32 jenis tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan oleh etnik Murut Tahol telah berjaya didokumentasikan. Seterusnya, tumbuh-tumbuhan tersebut dikategorikan mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti daun, batang, pucuk, kulit, buah dan akar yang berguna sebagai ubat-ubatan. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa etnik Murut Tahol turut memiliki beberapa unsur kearifan tempatan berhubung pengubatan tradisional seperti memiliki pengetahuan tentang kaedah mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan; kaedah penyediaan tumbuh-tumbuhan yang mudah serta mempunyai pengetahuan tersendiri dalam memahami dan menafsir maksud mimpi dan sasampui (mantera). Kebijaksanaan etnik Murut Tahol dalam mengenal pasti jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat beserta kaedah penyediaan ubat-ubatan yang ringkas telah menonjolkan kearifan yang ada pada etnik Murut Tahol sejak turun-temurun.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Murut Tahol, pengubatan tradisional, tumbuhan, penyakit ringan, kearifan tempatan
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 27 Mar 2018 06:30
Last Modified: 27 Mar 2018 06:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19545

Actions (login required)

View Item View Item