Potensi penghasilan biogas daripada sisa makanan

Nurul Nadia Shukor, (2014) Potensi penghasilan biogas daripada sisa makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Potensi penghasilan biogas daripada sisa makanan.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Sisa makanan merupakan sumber yang boleh digunakan dalam pemulihan tenaga yang mudah didapati walaupun ianya boleh wujud sebagai pencemar alam sekitar. Penghasilan biogas menggunakan proses penghadaman anaerobik bukan sahaja cara yang ideal untuk merawat sisa makanan dan sisa biomas yang lain, tetapi juga merupakan kaedah alternatif untuk menghasilkan sumber-sumber yang penting. Dalam kajian ini, potensi penghasilan isipadu biogas daripada sisa makanan telah dikaji melalui proses penghadaman anaerobik pada skala makmal. Sisa makanan yang digunakan dikutip daripada kafetaria perpustakaan UMS. Penghasilan biogas melalui proses penghadaman anaerobik dilaksanakan pada suhu mesofilik iaitu 37°C dan isipadu efektif iaitu 200 ml. Mendakan lumpur daripada dasar Tasik SST diambil dan digunakan sebagai inokula. Campuran sisa makanan dan inokula di dalam reaktor anaerobik ini menggunakan nisbah isipadu 1.5:1 bagi sisa makanan kepada inokula. Peratusan jumlah pepejal dan pepejal meruap bagi sisa makanan masing-masing ialah 23.53% dan 95.45%. Manakala pH bagi sisa makanan ialah 3.74. Biodegradasi sisa makanan dan potensi penghasilan biogas dikaji pada kepekatan jumlah pepejal (JP) sisa makanan yang berlainan iaitu 1, 3 dan 6 9 selama 15 hari penghadaman anaerobik. Didapati bahawa biodegradasi sisa makanan pad a kepekatan 6 9 JP adalah paling tinggi iaitu 1.36 9 berbanding yang lain, iaitu hanya 0.48 9 dan 0.68 g, masing-masing bagi 1 dan 3 9 JP. Manakala hasil dapatan isipadu biogas yang diperolehi untuk kepekatan 1, 3 dan 6 9 JP masing-masing adalah 124.04, 215.81 dan 149.35 ml/g JP terurai. Untuk potensi metana, penghasilannya adalah 86.83, 151.07 dan 104.55 ml/g JP terurai, masingmasing untuk kepekatan 1, 3 dan 6 9 JP. Secara keseluruhannya, reaktor yang mengandungi 3 9 JP merupakan kepekatan (g JP) yang paling optimum untuk hasil dapatan iSipadu biogas dan metana iaitu masing-masing adalah 215.81 dan 151.07 ml/g JP terurai. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa sisa makanan mempunyai potensi untuk menghasilkan biogas melalui penghadaman anaerobik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: biogas recovery, anaerobic digestion, biodegradation, food waste
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Mar 2018 07:24
Last Modified: 27 Mar 2018 07:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19582

Actions (login required)

View Item View Item