Pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi terhadap tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi

Asong Joseph, (2015) Pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi terhadap tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh keadilan organisasi.pdf

Download (748kB) | Preview

Abstract

Kepelbagaian individu dalam organisasi rnenimbulkan variasi ragam dan tingkah laku yang berbeza-beza. Khususnya di Sabah, kepelbagaian dan keunikan etnik melahirkan pelbagai budaya, adat resam dan tingkah laku. Pada masa yang sarna, perbezaan jantina turut memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku kewargaan pekerja dalam organisasi merupakan satu tingkah laku yang dilakukan di luar daripada deskripsi tugas seseorang pekerja. Terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi tingkah laku kewargaan pekerja. Di mana, keadilan organisasi merupakan satu tunjang utama dalam setiap perubahan yang dilakukan dalam organisasi yang berupaya menentukan tingkah laku pekerja dalam organisasi. Sebaliknya, diskriminasi yang berlaku mendorong kepada tingkah laku tidak produktif dalam orgasasi. Oleh itu, satu kajian dilakukan bertujuan untuk menyokong kenyataan tersebut dengan menilai pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi etnik dan jantina terhadap tingkah laku kewargaan pekerja. Kajian turut menilai peranan diskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan sebagai moderator dalam hubungan keadilan organisasi dengan tingkah laku kewargaan pekerja dalam organisasi. Seramai 453 orang pekerja di sekitar kawasan Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi Organizational Justice Survey, OJS (Colquitt, 2001), Perceived Discrimination (Sanchez dan Brock, 1996) dan Organizational Citizenship Behavior Questionnaire, OCBs (Moorman dan Blakely, 1995). Hasil analisis mendapati pengaruh yang signifikan secara positif keadilan organisas\ terhadap tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi. Oiskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan berpengaruh signifikan secara negatif ke atas tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi. Kesan moderator diskriminasi etnik dan jantina yang dirasakan ditemui dalam hubungan di antara keadilan pengagihan dengan tingkah laku interpersonal membantu pekerja dalam organisasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Organizational Justice, perceived Ethnic Discrimination, perceived Ethnic and Gender Discrimination, Organizational Citizenship Behavior
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 04 Apr 2018 08:17
Last Modified: 04 Apr 2018 08:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19711

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository