Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di Sekolah Menengah daerah Kudat, Sabah

George Tamaki, (2015) Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di Sekolah Menengah daerah Kudat, Sabah. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.pdf

Download (941kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif yang memberi fokus kepada kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Seni Visual (GPSV) sekolah menengah di Sabah. Tujuan kajian ini adalah mengkaji dan meneliti kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV Tingkatan Empat. Seramai tiga orang GPSV yang berpengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual melebihi sepuluh tahun di sekolah kerajaan, merupakan guru opsyen Pendidikan Seni Visual dengan mendapat latihan perguruan dalam bidang seni visual dan pemah mengikuti kursus dan latihan berkenaan dengan kreativiti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat secara mendalam. Sampel kajian dipilih secara purposive atau bertujuan melibatkan tiga orang GPSV, enam puluh orang pelajar dan tiga orang pengetua. Data kajian diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dengan guru dan pelajar yang telah dipilih serta penelitian dokumen termasuklah Ujian Melukis yang berkaitan dengan amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Data-data dari temu bual, pemerhatian dan dokumen dianalisis menggunakan kod membuka, kod berpaksi dan kod memilih. Triangulasi kaedah pengutipan data dilaksanakan dengan menggabungkan temu bual separa berstruktur, pemerhatian di kelas dan analisis dokumen. Produk Lukisan yang dihasilkan melalui Ujian Melukis dianalisis menggunakan Rubrik Penilaian Kreativiti Produk Lukisan. Triangulasi sumber data juga dilakukan melibatkan GPSV, pelajar tingkatan empat dan pengetua sekolah. Usaha ini adalah bagi mengukuhkan keesahan dan kebolehpercayaan kajian. Dengan menggunakan kaedah analisis data perbandingan berterusan, tema dan kategori dihasilkan dan dilaporkan secara deskriptif dan Interpretif. Hasil kajian menunjukkan kefahaman konsep kreativiti guru adalah baik. Kajian ini juga melihat sumbangan kefahaman konsep kreativiti guru terhadap amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman guru terhadap konsep kreativiti mempengaruhi amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Senl Visual. Keputusan juga menunjukkan bahawa peningkatan kreativiti pelajar melalui amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran PSV akan lebih berkesan dengan mengaktifkan peranan guru dalam mengamalkan lapan kemahiran kreatif yang menyokong amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV iaitu kemahiran memerhati, menganalisis, penjanaan idea, sintesis idea, penambahbaikan, penilaian idea, pelaksanaan dan amalan berterusan termasuklah pengetahuan guru tentang kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran. Pandangan pelajar tentang kecenderungan terhadap pembelajaran masing-masing memberi gambaran bahawa GPSV juga per1u mempertimbangkan aspek kecenderungan pelajar dalam pelaksanaan amalan kreativiti pengajaran dan pembelajaran PSV.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Uncontrolled Keywords: teaching and learning, visual art education, secondary school, creativity
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 04 Apr 2018 08:19
Last Modified: 04 Apr 2018 08:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19717

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository