Kesedaran metakognitif dan efikasi kendiri serta hubungannya dengan pencapaian pelajar politeknik dalam Matematik pengurusan

Chong, Azilina Fung Yen (2015) Kesedaran metakognitif dan efikasi kendiri serta hubungannya dengan pencapaian pelajar politeknik dalam Matematik pengurusan. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kesedaran metakognitif dan efikasi kendiri.pdf

Download (725kB) | Preview

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan sumbangan variabel kesedaran metakognitif dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik dengan sikap terhadap pembelajaran matematik sebagai mediator. Kajian kuantitatif ini melibatkan 510 orang pelajar daripada empat buah politeknik sebagai responden. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada Metacognitif Awareness Instrument (MAl) (Schraw dan Dennison, 1994), Patterns of Adaptive Learning Survey (PALS) (Helen et a/., 1997) dan sikap terhadap pembelajaran matematik (Zanaton et a/., 2006). Pencapaian pelajar diukur melalui keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) mereka yang ditukarkan kepada skala lima titik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21 dan AMOS versi 18. Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi iaitu ujian statistik parametrik (ANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda) telah dilakukan untuk menjawab soalan dan hipotesis kajian. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) turut dilakukan sebagai menguji model yang telah dicadangkan oleh penyelidik. Dapatan kajian membuktikan terdapat pengaruh yang signifikanantara varia bel kesedaran meta kog nitif, efikasi kendiri dan sikap terhadap pencapaian pelajar politeknik dalam Matematik Pengurusan. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) mengukuhkan lagi dapatan analisis regresi berganda dan hipotesis yang telah dicadangkan. Cadangan penambahbaikan dan kajian lanjutan telah diberikan sebagai kesinambungan kajian ini. Kesedaran metakognitif dan efikasi kendiri melalui sikap mampu meningkatkan pencapaian pelajar. Gabungan variabel ini penting dalam mewujudkan masyarakat yang membudayakan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Uncontrolled Keywords: metacognitive awareness, self-efficacy, academic achievement, mathematic, mediator
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 04 Apr 2018 08:20
Last Modified: 04 Apr 2018 08:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19730

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository