Kajian lakuan monyet belanda (Nasalis larvatus, Groves 2001) dalam kurungan di Taman Hidup Liar Lok Kawi, Sabah

Halley Clestina Gom Awing, (2008) Kajian lakuan monyet belanda (Nasalis larvatus, Groves 2001) dalam kurungan di Taman Hidup Liar Lok Kawi, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian lakuan monyet belanda.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola aktiviti lakuan harlan Nasalis larvatus dalam kurungan secara umum iaitu menentukan lakuan utama, lakuan sosial. dan lakuan minor, serta membandingkan aktiviti-aktiviti lakuan harian mengikut jantina dan peringkat perkembangan yang berlainan. Kajian ini telah dijalankan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Sabah bermula pada bulan Julai 2007 hingga April 2008. Subjek kajian terdiri daripada sembilan ekor N. larvatus iaitu seekor jantan dewasa (Farouk). dua ekor betina dewasa (Aunt-1 & Aunt-2), dua ekor betina sub-dewasa (Heather & Manja), tiga ekor juvana (Rose, Lily & Jastina), dan seekor bayi (Mia). Kaedah Persampelan Imbasan (Altmann, 1974) telah digunakan dalam mencerap aktiviti lakuan harian N larvatus dalam kajian ini iaitu direkod semasa lima minit imbasan pada selang masa 10 minit dari jam 0600 bingga 1800. Sebanyak 449 imbasan dengan 3,893 bilangan pemerhatian berjaya dibuat dan 11 kategori aktiviti lakuan telah dikenalpasti. Aktiviti lakuan utama ialah rebat (48.64%), makan (27.42%), dan bergerak (10.17%). Aktiviti lakuan sosial ialah berdandan (7.04%), bermain (4.01%), berlawan (1.41%), dan merangkul (0.05%). Aktiviti lakuan minor pula ialah kencing (0.44%), defikasi (0.33%), minum (0.28%), dan berbunyi (0.21%). Puncak bagi aktiviti lakuan rehat ialah pada blok masa 0600-0900, 1200-1300, 1500- 1600 dan 1700-1800, makan pada 1100-1200, 1400-1500, dan 1600-1700, dan bergerak pada 0800-0900. Aktiviti lakuan utama bagi jantan dan betina dewasa adalah sarna iaitu rehat, makan, dan bergerak manakala betina sub-dewasa ialah rehat makan, bergerak, dan berdandan. Betina juvana dan bayi turut mempunyai aktiviti lakuan utama yang sarna iaitu rehat, makan, bergerak, berdandan, dan bermain. Perbezaan antara corak lakuan harian N. larvatus dalam kurungan dan di habitat semulajadi ialah spesies ini memperuntukkan masa rebat yang tinggi pada awal pagi (blok masa 0600-0900) di dalam kurungan manakala di habitat semulajadi, spesies ini memperuntukkan masa rebat yang tinggi pada waktu tengahari sebingga lewat petang (blok masa 1200-1800).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: behavioral activity, Nasalis larvatus, Lok Kawi Wildlife Park
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Apr 2018 01:34
Last Modified: 09 Apr 2018 01:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19759

Actions (login required)

View Item View Item