Hubungan konsep kendiri dengan burnout di kalangan guru-guru sekolah di daerah Ranau

Sahanin Kassim, and Rusizin Dani, (2007) Hubungan konsep kendiri dengan burnout di kalangan guru-guru sekolah di daerah Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Hubungan konsep kendiri dengan burnout.pdf

Download (620kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu pertama untuk melihat sama ada terdapat hubungan di antara konsep kendir; dengan burnout di kalangan guru-guru, kedua untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara konsep kendiri dengan burnout mengikut jantina dan ketiga melihat sejauh mana faktor umur mempengaruhi tahap burnout. Soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat biografi, soalan konsep kendiri dan burnout telah digunalcan untuk mengumpul data ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada 15 responden lelaki dan 15 responden perempuan. Keputusan membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara konsep kendiri dengan burnout di kalangan guru-guru. Keputusan ini adalah berbeza dari kajian-kajian lepas di mana konsep kendiri mempengaruhi burnoul. Dari segi jantina pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan. Keputusan lelah menunjukkan lelaki mempunyai burnout yang lebih tinggi dari perempuan. Manakala dari segi umur pula menunjukkan kumpulan guru yang berumur 25 hingga 35 tahun lebih banyak mengalami burnout berbanding kumpulan umur 36 tahun ke atas. Secara keseluruhannya burnout di kalangan guru-guru sekolah rendah di sekitar daerah Ranau masih di tahap sederhana. Namun demikian sekiranya guru-guru masih kurang kesedaran tentang permasalahan ini keadaan sebaliknya mungkin akan berlaku. Langkah-langkah meningkatkan kesedaran kendiri disyorkan untuk membendung burnout.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: self-efficacy, burnout, teacher
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Apr 2018 01:34
Last Modified: 09 Apr 2018 01:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19777

Actions (login required)

View Item View Item