Penentuan suhu untuk perawatan Solanum tuberosum L. dengan menggunakan ketuhar

Mohd Haizal Zakhiri Halim, (2008) Penentuan suhu untuk perawatan Solanum tuberosum L. dengan menggunakan ketuhar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penentuan suhu untuk perawatan.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan suhu yang sesuai bagi perawatan ke atas kualiti dan daya cambah ubi kentang (Solanum tuberosum L.). Kentang yang telah matang dikenakan rawatan suhu yang berlainan iaitu 24°C, 26°C, 28°C, 30°C dan 32°C selama 5 hari dengan menggunakan ketuhar. Satu sampel kentang diletak terns di suhu luar bilik sebagai kawalan. Kajian telah dijalankan selama 9 minggu, iaitu dari bermulanya proses perawatan. Rekabentuk eksperimen yang digunakan ialah Complete Randomized Design (CRD) dan 4 replikasi dilakukan bagi setiap rawatan dan kawalan. Semua kentang yang telah dirawat disimpan di atas rak di luar bilik se1ama 8 minggu. Peratus kehilangan berat, jurnlah kandungan pepejal terlarut, keteguhan isi dan pertunasan diambil kira bagi menilai kualiti kentang tersebut. Data dicatatkan sebaik sahaja proses perawatan tarnat dan setiap 2 minggu pada tempoh penyimpanan dan keputusan yang diperolehi ialah 10.9635 g ± 0.413% dan 13.5580 g ± 0.413% untuk peratus kehilangan berat, 2.67 Bricks ± 0.117% dan 2.88 Bricks ± 0.117% bagi kandungan pepejal terlarut, 0.008 N ± 0.000% dan 0.008 N ± 0.000% untuk keteguhan isi dan bagi jurnlah pertunasan pula nilainya ialah 0.35 ± 0.186% dan 0.15 ± 0.186%. Keputusan kajian menunjukkan bahawa suhu yang paling sesuai untuk proses perawatan ke atas ubi kentang ialah pada suhu 26°C dan 28°C. lni kerana pada suhu ini, ubi kentang yang dirawat telah mengekalkan kualitinya yang lebih baik dan jurnlah pertunasan yang sedikit berbanding dengan ubi kentang yang dirawat menggunakan suhu 24°C, 30°C dan 32°C.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: temperature, curing process, potato
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Apr 2018 01:34
Last Modified: 09 Apr 2018 01:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19778

Actions (login required)

View Item View Item