Sungkupan dan impaknya ke atas tumbesaran tanaman dan hasil bendi (Abelmoschus esculentus L.)

Fazidah Hanim Hussin, (2006) Sungkupan dan impaknya ke atas tumbesaran tanaman dan hasil bendi (Abelmoschus esculentus L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000019.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai kesan jenis sungkupan ke atas tumbesaran dan hasil bendi (Ahelmoshus esculentus) telah dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah selama 12 minggu bermula dari Januari sehingga Mac 2006. Kesan empat jenis sungkupan (habuk sabut kelapa, sekam padi, kertas putih dan plastik 'Silver Shine") dan dua rawatan tanpa sungkupan (tidak merumput dan merumput) ke atas hasil buah, kelembapan tanah, suhu permukaan tanah dan pengawalan rumpai telah dikaji. Sungkupan habuk sabut kelapa dan plastik 'Silver Shine' membantu dalam menggalakkan pertumbuhan pokok dan secara signifikannya meningkatkan hasil buah bendi berbanding rawatan tanpa sungkupan hasil yang tinggi (1.01 kg/plot dan 0.98kg/plot). Penggunaan plastik 'Silver Shine' dalam pengawalan rumpai adalah lebih efektif berbanding rawatan tanpa sungkupan. Plastik `Silver Shine' meningkatkan suhu tanah di antara 0.9-1.6 "('pada paras kedalaman tanah 10cm berbanding sungkupan habuk sabut kelapa. Sungkupan juga dapat memperbaiki regim hidroterma pada tanah dan menghalang kehilangan kelembapan tanah melalui penyejatan. Sungkupan berfungsi untuk meninggikan suhu tanah, menghalang kchilangan air dan mengawal pertumbuhan rumpai. Ketiga-tiga faktor ini merupakan penyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran bendi. Tumbesaran pokok seperti berat kering akar, batang dan daun juga meningkat secara signifikan apabila sungkupan habuk sabut kelapa dan plastik 'Silver Shine digunakan berbanding lain-lain rawatan. Penggunaan sungkupan habuk sabut kelapa dan sekam padi sebagai sekam padi menyediakan persekitaran yang menarik dan pillihan pertanian mcsra alam. Selain daripada itu, kitar semula nutrien tumbuhan dapat dijalankan secara efektif dan lebih berkesan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Field Laboratory, Coconut fiber, Rice Hull, White paper, Silver Shine plastic
Subjects: ?? S631-667 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 May 2011 08:47
Last Modified: 16 Oct 2017 06:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1978

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository