Pengekstrakan keseluruhan daripada sampel ikan menggunakan kaedah asal dan modifikasi shirzadegan et al.(1991)

Hazreen Nita Mohd Khalid, (2008) Pengekstrakan keseluruhan daripada sampel ikan menggunakan kaedah asal dan modifikasi shirzadegan et al.(1991). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengekstrakan keseluruhan daripada sampel ikan.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kaedah pengekstrakan yang sesuai digunakan untuk mengekstrak RNA dari sampel tisu ikan. Terdapat tiga kaedah yang telah diujikaji iaitu kaedah reagen TRIZOL, kaedah asal Shirzadegan et al. (1991) dan kaedah modifikasi Shirzadegan et al. (1991). Dalam kajian ini, ketiga- tiga kaedah tersebut digunakan untuk menguji ketahanan sampel ikan bagi menentukan tempoh masa yang sesuai untuk mengekstrak RNA bagi sampel yang disejukbekukan. Walaupun kaedah reagen TRIZOL merupakan kaedah yang efektif dalam mengekstrak RNA dari sampel manusia, tumbuhan dan haiwan, namun setelah digunakan untuk mengekstrak RNA dari sampel tisu ikan, kualiti RNA yang didapati adalah rendah berbanding dengan kaedah Shirzadegan et al. (1991). Dalam kajian ini juga, kaedah pengekstrakan RNA yang telah dioptimumkan daripada kaedah asal Shirzadegan et al. (1991) telah diperkenalkan. Antara pengoptimuman yang dilakukan pada kaedah modifikasi Shirzadegan et al.(1991) ialah (1) pengurangan masa pengemparan, (2) pengurangan masa pemendakkan RNA, dan (3) penambahan langkah pencucian pelet RNA. Kaedah modifikasi Shirzadegan et al. (1991) dapat menghasilkan jumlah RNA sebanYak 75 - 791 µg I g tisu ikan, bergantung kepada tisu ikan yang digunakan. Selain itu, ketahanan penimbal lisis juga diuji dengan mengekstrak sampel ikan berdasarkan tempoh masa penyimpanan penimbal lisis pada suhu 4°C. Penimballisis ini mengandungi 0.1 M LiCl, 1 % SDS, 0.1 M Tris-HC1, 0.01 M EDT A dan fenol. Ia boleh digunakan sebagai kaedah pengekstrakan RNA altematif yang murah dan mudah dikendalikan. Penimballisis dapat disimpan selama lebih dari 2 bulan pada suhu 4°C. Kesimpulannya, kaedah modifikasi Shirzadegan et al. (1991) boleh digunakan sebagai kaedah altematif untuk mengekstrak RNA dari sampel ikan tanpa melibatkan penggunaan kit pengekstrakan RNA yang komersial.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: RNA extraction, fish tissues, isolation
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Apr 2018 01:33
Last Modified: 09 Apr 2018 01:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19781

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository