Taburan, kelimpahan spesies dan kepelbagaian spesies mamalia kecil tidak terbang di tiga habitat berbeza di sekitar kawasan perladangan (kelapa sawit) di Kunak, Sabah

Daniel Leggong Sampang, (2008) Taburan, kelimpahan spesies dan kepelbagaian spesies mamalia kecil tidak terbang di tiga habitat berbeza di sekitar kawasan perladangan (kelapa sawit) di Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Taburan, kelimpahan spesies dan kepelbagaian spesies mamalia kecil tidak terbang di tiga habitat berbeza di sekitar kawasan perladangan (kelapa sawit) di Kunak, Sabah.pdf

Download (678kB)

Abstract

Kajian terhadap komuniti mamalia keeil tidak terbang ini telah dijalankan di sekitar ladang Mostyn dan kawasan hutan sekitarnya. Ladang ini merupakan sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di daerah Kunak, Sabah. Objektif utama kajian ini adalah (1) Untuk mengkaji taburan, kelimpahan spesies dan kepelbagaian spesies mamalia kecil tidak terbang di sekitar kawasan perladangan (kelapa sawit), dan (2) untuk mengkaji kesan perbezaaan persekitaran, habitat hutan, hutan peraliban dan kawasan perladangan(kelapa sawit) terhadap taburan, kelimpahan spesies dan kepelbagaian spesies mamalia keeil tidak terbang. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana komuniti mamalia keeil tidak terbang di sekitar kawasan perladangan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti perubahan habitat yang disebabkan oleh aktiviti buatan manusia.Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini telah dijalankan di dua kawasan yang memiliki tiga jenis persekitaran habitat yang berbeza iaitu kawasan hutan simpan, kawasan hutan peralihan (terletak di sempadan hutan dengan ladang), dan kawasan peladangan. Kajian telah dijalankan dari 31 Januari hingga 7 Februari 2008. Proses pemerangkapan telah dilakukan menggunakan perangkap dawai kurungan bidup dengan berumpankan pisang masak. Dengan usaha pemerangkapan bersamaan 1890 hari-pemerangkapan, 46 individu telah beIjaya ditangkap. Dari jumlah itu, 34 individu beIjaya ditangkap di kawasan hutan peralihan, 7 individu ditangkap di hutan primer,5 individu beIjaya ditangkap di kawasan perladangan. Daripada 46 individu tersebut, 3 famili iaitu Muridae, Sciuridae, dan Tupaiidae yang terdiri daripada 7 spesies seperti C. notatus, M. surifer, M. whiteheadi, R. rattus, S. muelleri, T. glis, dan T. tana telah berjaya dikenalpasti. Seeara keseluruhan wujud perbezaan yang bererti bagi taburan mamalia keeil dengan taburan lebih tertumpu di kawasan hutan peralihan, .x2(2, N = 46) = 34.22, p< .05. Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner, H'=1.77, dan nilai indeks kesamarataan Simpsons-D = 6.0 bagi kawasan hutan peralihan adalah nilai tertinggi bagi kedua-dua indeks. lni bererti kawasan hutan peralihan memiliki nilai kepelbagaian spesies yang tertinggi berbanding dengan dua jenis habitat yang lain. Kajian juga mendapati bahawa mamalia keeil memilih habitat yang memiliki peratusan pokok renek dan belukar yang tinggi. Selain itu himpunan daun gugur, ranting-ranting yang jatuh serta pokok tumbang yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan populasi mamalia kecil.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sabah , Kunak , mammal , forest habitat
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 19 Apr 2018 03:32
Last Modified: 19 Apr 2018 03:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19865

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository