Inventori Odonata di Kunak, Sabah

AB. Haqim Zulkapli, (2008) Inventori Odonata di Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Inventori Odonata di Kunak, Sabah.pdf

Download (1MB)

Abstract

Borneo mempunyai kelimpahan spesis Odonata yang tinggi. Namun demikian, aktiviti pembukaan hutan untuk tanaman kontan seperti kelapa sawit telah mengubah struktur hutan dan boleh menyebabkan kepupusan habitat semulajadi yang penting dan menjejaskan kepelbagaian spesis Odonata. Untuk kajian ini, persampelan dilakukan secara pencarian terus dan objektif kajian adalah untuk menyediakan senarai semak bagi spesis Odonata yang terdapat di ladang sawit Mostyn. Persampelan dilakukan selama lima hari di kawasan persekitaran Tasik Impian dan juga dalam kawasan ladang kelapa sawit. Sebanyak 30 spesis telah dikenalpasti di kawasan ladang Mostyn yang terdiri daripada 23 spesis Anisoptera dan tujuh lagi merupakan pepatung jenis Zygoptera. Famili Libellulidae mencatatkan jumlah spesis yang terbanyak dengan 21 spesis daripada 13 genera. Kebanyakkan spesis hanya tertumpu di satu kawasan sahaja samada di kawasan tasik atau di dalam kawasan ladang. Namun, beberapa spesis seperti Trithemis aurora, Orthetrum giaucum, Orthetrum testaceum, dan juga Ceriagrion cerinorubellum turut dijumpai di kedua-dua habitat kajian. Kawasan yang paling penting di ladang Mostyn adalah kawasan Tasik Impian yang mencatatkan jumlah penangkapan spesis yang tertinggi berbanding dengan kawasan dalam ladang kelapa sawit

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Odonata fauna , forest , Mostyn oil palm estate
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 19 Apr 2018 03:31
Last Modified: 19 Apr 2018 03:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19870

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository