Konrad Adenauer dan pemodenan semula Jerman Barat

Salmiahwati Djafar, and W. Shawaluddin, (2013) Konrad Adenauer dan pemodenan semula Jerman Barat. Jurnal Sejarah, 21. pp. 125-146.

[img] Text
Konrad Adenauer dan pemodenan semula Jerman Barat.pdf

Download (94kB)

Abstract

Perang Dunia Kedua telah membawa kemusnahan Jerman sebagai sebuah entiti politik. Lebih signifikan lagi Jerman kehilangan segala-galanya termasuk kedaulatan. Namun kemunculan Konrad Adenauer pada tahun 1949 sebagai Canselor Jerman Barat yang pertama (1949-1963), diperkukuhkan lagi dengan pengaruh kuasa Berikat terutamanya Amerika Syarikat telah membuka laluan ke arah pemodenan dan kebangkitan semula Jerman Barat selepas pembahagian Jerman kepada dua entiti. Makalah ini membincangkan tentang peranan Adenauer dalam kebangkitan semula Jerman sehingga dianggap sebagai bapa Jerman moden. Beberapa perkara telah dilakukan Adenauer. Pertama mengukuhkan demokrasi sebagai satu ideology baru masyarakat Jerman Barat pasca perang melalui pelaksanaan Basic Law atau Undang-undang Asas. Kedua, dasar domestic diteruskan dengan memperkukuhkan ekonomi Jerman Barat melalui Rancangan Marshall Plan atau Rancangan Marshall dan pengenalan Ekonomi Pasaran sehingga mencapai tahap yang dikatakan sebagai economic miracle atau ekonomi yang menakjubkan. Seterusnya, status-quo sewaktu era Perang Dingin telah membolehkan Jerman Barat merealisasikan kerja sama ekonomi dan ketenteraan Eropah melalui ECSC, EEC dan NATO yang mencerminkan pengiktirafan semula pihak Barat terhadap kedaulatan dan maruah Jerman sebagai salah satu kuasa di Eropah Barat. Kerjasama rapat yang ditunjukkan bersama-sama pihak Barat serta usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh Adenauer akhirnya membolehkan Jerman Barat kembali memperoleh kedaulatan semula pada 1955 yang telah hilang sepuluh tahun sebelum itu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Konrad Adenauer, Democracy, post-war West German, economic miracle, Marshall Plan
Subjects: D History General and Old World > DD Germany
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 25 Apr 2018 01:58
Last Modified: 25 Apr 2018 01:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19910

Actions (login required)

View Item View Item