Penentuan aktiviti antioksida, jumlah kandungan fenolik dan flavanoid pada daun, batang, akar dan rizom dalam spesies Amomum

Chiew, See Shiun @ Jessy (2008) Penentuan aktiviti antioksida, jumlah kandungan fenolik dan flavanoid pada daun, batang, akar dan rizom dalam spesies Amomum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Penentuan aktiviti antioksida.pdf

Download (10MB)

Abstract

Dalam kajian ini, aktiviti antioksida, jumlah kandungan fenolik dan flavanoid pada Amomum Coriaceum dan Amomum sp. 1 telah dijalankan. Tiga bahagian berlainan pada tumbuhan (daun, batang dan rizom pada Amomum Coriaceum serta daun, batang dan akar pada Amomum sp. 1) telah digunakan dalam kajian ini. Ekstrak tumbuhan disediakan daripada sampel kering dengan pengekstrakan menggunakan 80% metanol pada nisbah 1 kepada 25. Kaedah reagen Folin-Ciocalteu digunakan untuk menentukan jumlah kandungan fenolik manakala jumlah kandungan flavanoid ditentukan dengan menggunakan kaedah kolometrik aluminium klorida. Aktiviti antioksida pula dinilai dengan menggunakan cerakin radikal bebas DPPH (2,2-difenil-l-pikril-hidrazil-hidrat). Keputusan menunjukkan jumlah kandungan fenolik dan flavanoid mengikut turutan menurun ialah daun Amomum Coriaceum (fenolik: 4.22810.05 mg galik asid/g, flavanoid: 5.997±0.031 mg katekin/g), rizom Amomum Coriaceum (fenolik: 2.99710.149 mg galik asid/g, flavanoid: 1.650±0.075 mg katekin/g), daun Amomum sp. 1 (fenolik: 2.705±0.059 mg galik asid/g, flavanoid: 0.958±0.017 mg katekin/g), akar Amomum sp. 1 (fenolik: 2.104±0.049 mg galik asid/g, flavanoid: 0.78910.013 mg katekin/g), batang Amomum sp. 1 (fenolik: 1.747±0.023 mg galik asid/g, flavanoid: 0.700±0.017 mg katekin/g) and batang Amomum Coriaceum (fenolik: 1.007±0.148 mg galik asid/g, flavanoid: 0.542±0.017 mg katekin/g). Keputusan juga menunjukkan ekstrak pada daun Amomum Coriaceum mempunyai nilai aktiviti antioksida yang paling tinggi berbanding dengan sampel yang lain. Sebagai kesimpulan, kajian menunjukkan terdapat hubungan kolerasi yang kuat antaraju mlah kandungan fenolik dan flavanoid serta aktiviti antioksida pada kedua-dua spesies halia yang dikaji .

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: antioxidant activity, total phenolic, flavonoid content, Amomum Coriaceum, Amomum sp. 1
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 04 May 2018 07:36
Last Modified: 04 May 2018 07:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20006

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository