Tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di plot tetap Mahua, Taman Bnjaran Crocker dengan menggunakan teknik perangkap

Chan, Jin Tien (2007) Tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di plot tetap Mahua, Taman Bnjaran Crocker dengan menggunakan teknik perangkap. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di plot tetap Mahua.pdf

Download (615kB)

Abstract

Tinjauan awal fauna kupu-kupu telah dijalankan bermula pada 18 November hingga 21 Disember 2006 di Plot Tetap Mahua, Taman Banjaran Crocker. Persampelan ini dilakukan sebanyak dua kali · sepanjang tempoh ini, iaitu setiap kali persampelan mengambil selama 12 hari. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di Plot Tetap Mahua dan bilangan individu serta spesies kupu-kupu yang dapat ditangkap dengan menggunakan perangkap berumpan. Penggunaan teknik perangkap berumpan menggunakan umpan pisang untuk persampelan kupu-kupu. Jumlah spesies yang berjaya direkod ialah 12 spesies dan sebanyak 34 individu. Jumlah spesies yang diperolehi terdiri daripada satu famili sahaja, iaitu, Nymphalidae merangkumi tiga subfamili, iaitu Morphinae, Nymphalinae dan Satyrinae. Nilai indeks kepelbagaian Shannon-Weiner (H') dalam kajian ini adalah 2.16. Dalam kajian ini, kadar kumulatif spesies didapati mencapai ketepuan. Ujian korelasi menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kepadatan litupan kanopi hutan dengan kepelbagaian. Secara keseluruhannya, Kebanyakkan spesies yang disampel dalam kajian ini mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi kerana ter.dapat satu spesies yang endemik terhadap Borneo, iaitu Mycalesis amoena dan kebanyakan spesies hanya bertabur di Tanah Sunda sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Mahua , crocker range national park , butterfly
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Oct 2019 23:46
Last Modified: 29 Oct 2019 23:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20053

Actions (login required)

View Item View Item