Pembuatan vaksin rendaman untuk melawan serangan patogen akuakultur, Vibrio harveyi

Noor Hanis Abu Halim, (2008) Pembuatan vaksin rendaman untuk melawan serangan patogen akuakultur, Vibrio harveyi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pembuatan vaksin rendaman .pdf

Download (1MB)

Abstract

Vibriosis merupakan penyakit ikan yang lazim dijumpai yang disebabkan oleh bakteria dari genus Vibrio. Serangan bakteria spesis Vibrio terutamanya pada spesis ikan yang mempunyai nilai komersil yang tinggi seperti ikan siakap dan kerapu menyebabkan kerugian yang besar dalam industri perikanan dan akuakultur. Spesis Vibrio yang paling dominan ialah Vibrio harveyi. Oleh itu, dalam kajian ini, objektif utama yang perlu dicapai ialah untuk mempelajari kaedah penyediaan vaksin rendaman dengan betul dan menentukan keberkesanan vaksin rendaman terhadap kepekatan bakteria hidup yang berbeza. Vaksin rendaman yang disediakan adalah untuk memberi perlindungan kepada ikan daripada serangan Vibrio harveyi. Dalam kajian ini, 12 tangki ikan siakap disediakan dan dilabel sebagai Tangki 1-12. Tangki 1-6 bertindak sebagai tangki kawalan di mana ikan-ikan dalam tangki ini tidak diberi vaksin. Tangki 7-12 pula bertindak sebagai tangki rawatan di mana kesemua ikan dalam tangki-tangki ini direndam dalam vaksin. Vaksin yang digunakan dalam kajian ini ialah vaksin mati. Vaksin mati disediakan dengan menggunakan formalin yang bertindak menyilang protein dalam sel bakteria Vibrio harveyi. Pemvaksinan rendaman dilakukan selama 10-15 minit pada hari pertama dan hari kelapan ujikaji. Pada hari ke-21, kesemua ikan dalam tangki rawatan dan kawalan diuji dengan bakteria hidup melalui suntikan. Tangki 1,2,7 dan 8 diuji dengan bakteria hidup berdos 107 cfu/ml. Tangki 3,4,9 dan 10 diuji dengan bakteria berdos 105 cfu/ml. Tangki 5,6,11 dan 12 diuji dengan bakteria berdos 103 cfu/ml. Daripada keputusan yang diperolehi, didapati vaksin mati berdos 1.5 - 7.8 x 107 cfu/ml menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam memberi perlindungan kepada ikan pada kepekatan Vibrio harveyi 103 cfu/ml dengan menyumbang peratusan ikan yang hidup (RPS) sebanyak 100%. Namun, dos vaksin dalam julat ini hanya menunjukkan keberkesanan yang sederhana pada kepekatan bakteria 105 cfu/ml apabila hanya menyumbang 33.33% ikan hidup. Pada kepekatan bakteria 107 cu/ml, dos vaksin dalam julat ini langsung tidak menunjukkan keberkesanan apabila menyumbang peratusan ikan hidup sebanyak 0%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: immersion vaccine, vaccine efficiency, bacteria concentration, Vibrio harveyi, Asian seabas, Tiger grouper
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Jun 2018 00:25
Last Modified: 20 Jun 2018 00:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20092

Actions (login required)

View Item View Item