Analisis literasi statistik: kajian kes bagi pelajar matematik dengan ekonomi

Toh, Shea Lee (2006) Analisis literasi statistik: kajian kes bagi pelajar matematik dengan ekonomi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Analisis literasi statistik kajian kes bagi pelajar matematik dengan ekonomi.pdf

Download (558kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan dua objektif yang utama, iaitu mengkaji sama ada terdapat perbezaan literasi statistik antara pelajar dari program Matematik dengan Ekonomi (ME) dan juga menentukan faktor yang mempengaruhi kefahaman mereka. Borang soal selidik dan penilaian merupakan bahan utama dalam kajian ini. Ia mengandungi 28 soalan yang meliputi bahagian perihal data, kebarangkalian, taburan kebarangkalian dan pensampelan. Soalan dalam setiap bahagian adalah mengikut struktur hierarki dengan pertambahan kepayahannya. Daripada jumlah 268 orang pelajar ME, seramai 137 orang pelajar menjawab soal selidik dalam masa dua jam. Tahap Iiterasi statistik pelajar adalah mengikut jumlah markah yang diperolehi dalam ujian tersebut. Ujian-t, ANOVA satu-hala, pekali korelasi Pearson dan analisis regresi digunakan dalam penganalisisan data. Hasil daripada perbandingan min markah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah pelajar lepasan aliran STPM dan Matrikulasi, serta pelajar daripada etnik yang berlainan. Terdapat lima pembolehubah yang dikaji, iaitu nilai gred mata pelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan dalam SPM, nilai gred bagi mata pelajaran Matematik dalam STPM, PNGK dalam pra-universiti, dan juga PNGK terkini yang diperolehi dalam UMS. Didapati kelima-lima pemboleuhbah mempunyai hubungan yang positif dengan jurnlah markah. Melalui model regresi, PNGK terkini bagi seseorang pelajar merupakan faktor terpenting dalam menentukan tahap literasi statistik pelajar kerana ianya dapat menggambarkan pencapaian pelajar yang terkini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Statistic literacy , mathmatic & economy
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 04 Jun 2018 00:18
Last Modified: 04 Jun 2018 00:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20130

Actions (login required)

View Item View Item