Kajian kesan media terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid (Phalaenopsis gigantea)

Muslim Razani, (2008) Kajian kesan media terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid (Phalaenopsis gigantea). Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Kajian kesan media terhadap pertumbuhan.pdf

Download (10MB)

Abstract

Kajian telah dilakukan selama 150 hari untuk menentukan kesan kompleks additif berbeza ke atas perkembangan dan pertumbuhan protokom Phaiaellopsis gigalltea. Protokom di peringkat ke 3 telah dikultur di atas media as as KC dan baja komersial Florica yang ditambah dengan 1% (w/v) ekstrak ubi kentang, 10% (v/v) air kelapa dan IS% (w/v) jus tomato, sarna ada secara sendiri atau kombinasi. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa indeks pertumbuhan protokom yang dikulturkan pada media KC tanpa bahan additif memberikan nilai yang terbaik (545.00±25.00) diikuti media KC yang ditambahkan 1% ekstrak ubi kentang (496.67±64.49), media KC yang ditambahkan 10% air kelapa (458.33±34.03) dan media KC yang ditambahkan dengan 15% jus tomato (455.00±134.35). Antara semua media kombinasi kompleks additif, media KC yang ditambahkan 10% air kelapa dengan 1 % ekstrak ubi kentang mempunyai indeks pertumbuhan yang tertinggi. Perbandingan antara media asas yang berbeza dalam kajian ini mendapati media KC adalah lebih baik daripada media Florica sementara kesan kombinasi kompleks additif menunjukkan pertumbuhan protokom kurang baik berbanding dengan penambahan satu kompleks additif sahaja. Sebagai kesimpulan media KC adalah yang terbaik berbanding Florica dan penambahan kompleks additif tidak dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan protokom P. gigantea.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Phalaellopsis gigantea, commercial fertilizer Florica, complex additive, growth and development
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 05 Jun 2018 00:32
Last Modified: 05 Jun 2018 00:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20143

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository