Kajian pengaruh bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik

Ling, Thomas Jin Hui (2008) Kajian pengaruh bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik. Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Kajian pengaruh bahasa inggeris.pdf

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini digunakan untuk mengesan pengaruh bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sama ada latar belakang pelajar mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik menentukan kesan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu terhadap pencapaian pelajar dalam Matematik, dan menguji hubungan antara minat pelajar dengan pencapaian Matematik. Data bagi kajian ini diperolehi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Ujian T bersandar digunakan untuk mengkaji sarna ada terdapat perbezaan antara kertas soalan yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Analisis korelasi digunakan untuk mengesan hubungan antara minat pelajar dengan pencapaian dalam ujian. Manakala ANOY A digunakan untuk membuat pengujian hubungan di antara latar belakang pelajar dengan pencapaian dalam ujian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian di antara kertas ujian yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. HasH kajian juga mendapati hubungan yang signifikan di antara tuisyen dengan pencapaian ujian. Walau bagaimana pun, hubungan di antara jantina, bangsa, pendapatan keluarga, pendidikan bapa, pendidikan ibu, pencapaian bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Menengah Rendah dan pencapaian Matematik dalam Peperiksaan Menengah Rendah adalah tidak signifikan. Selain itu, basil kajian menunjukkan bubungan di antara minat pelajar terhadap Matematik dalam bahasa Inggeris dengan pencapaian ujian adalah tidak signifikan. Kesimpulannya, terdapat banyak indikator yang akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: influence, English, Mathematic, student's achievement
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 05 Jun 2018 00:33
Last Modified: 05 Jun 2018 00:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20147

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository