Permainan jumlah sifar dua individu : the big two

Tee, Siew Siew (2006) Permainan jumlah sifar dua individu : the big two. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Permainan jumlah sifar dua individu.pdf

Download (507kB)

Abstract

The Big Two ialah sejenis permainan peluang. Permainan peluang memainkan peranan agak penting dalam pembentukan teori kebarangkalian. Permainan ini diklasifikasikan sebagai perrnaloan maklumat tidak sempurna iaitu terdapat maklumat yang tersembunyi semasa pemain-pemain mendapat pembahagian kad-kad daun terup, permainan jumlah sifar iaitu seseorang pemain menang bermaksud seorang lagi pemain kalah,tidak mungkin terdapat permainan seri dalam permainan The Big Two. Permainan The Big Two juga digolongkan sebagai perrnaloan pembentukan luas. Dalam disertasi ini teori matematik dan teori pengambilan keputusan dalam permainan The Big Two telah difahami. Kajian awalan tentang strategi optimum dalam permainan The Big Two dengan melihat satu kes permainan dua individu juga dianalisis. Pokok permainan telah digunakan untuk menganalisis strategi optimum dalam permainan The Big Two. Syarat untuk permainan itu boleh dianalisiskan dengan menggunakan pokok permainan untuk menentukan strategi optimum ialah permainan itu merupakan permainan pembentukan luas, The Big Two memenuhi syarat ini. Dalam kes kajian, didapati bahawa strategi optimum bukan banya sahaja, tetapi lebih daripada satu strategi campuran optimum. Strategi optimum boleh ditentukan dengan merujuk kepada pokok permainan tetapi bukan setiap kes dalam permainan The Big Two boleh dilukiskan dengan pokok permainan. Analisis ini boleh membekalkan persefahaman yang dalam tetapi jarang sekali hasil analisis boleh digunakan secara langsung ke atis masalah asal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Games , The Big Two , mathematical theory and decision making theory
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Jun 2018 01:01
Last Modified: 07 Jun 2018 01:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20149

Actions (login required)

View Item View Item