Kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap pelajar matematik

Kala Subramaniom, (2006) Kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap pelajar matematik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap pelajar matematik.pdf

Download (553kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji lahap penerimaan peJajar terhadap perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). mengeksploitasi kegunaan analisis faktor dalam mengklasifikasikan kesan ICT terhadap budaya sosial para pelajar program Matematik Dengan Ekonomi dan untuk mengkaji perbezaan antara kesan positif dan negatif penggunaan ICT mengikut jantina. Seramai 156 orang pelajar program Matematik Dengan Ekonomi iaitu sebanyak 55.4% daripada populasi kajian telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang dikemukakan. Analisis faktor digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan internet, kesan positif dan kesan negatif ICT ke atas pelajar-pelajar. MANOVA pula digunakan untuk mengkaji perbezaan jantina antara kesan-kesan positif dan negatif. Hasil kajian mendapati terdapat 3 faktor utarna yang mempengaruhi penggunaan ICT iaitu penggunaan internet untuk aktiviti sosial, mendapatkan maklumat tarnbahan dan untuk tujuan menimba ilmu; kesan positif penggunaan ICT terdiri daripada 2 faktor iaitu ICT dapat meningkatkan kecekapan menggunakan komputer dan ICT dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi serta menguasai word processing; dan kesan negatif ICT merangkumi 2 faktor iaitu ICT menyebabkan pengabaian bersosial dan aktiviti luaran serta ICT menyebabkan tingkahlaku negatif. Hasil anal isis MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kesan-kesan positif penggunaan ICT mengikut jantina dan tabun pengajian; tidak terdapat perbezaan antara kesan-kesan negatif penggunaan ICT mengikut jantina kecuali ketagih untuk meneroka laman negatif dan tidak terdapat perbezaan antara kesan-kesan negatif penggunaan ICT mengikut tabun pengajian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ICT , student , MANOVA
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Jun 2018 01:09
Last Modified: 07 Jun 2018 01:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20162

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository