Kandungan logam berat di dalam tiram (Crassostrea iredalei) di kawasan penternakan akuakultur tiram di lagun Mengkabong

Noor Elliza Othman, (2006) Kandungan logam berat di dalam tiram (Crassostrea iredalei) di kawasan penternakan akuakultur tiram di lagun Mengkabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kandungan logam berat di dalam tiram (Crassostrea iredalei) di kawasan penternakan akuakultur tiram di lagun Mengkabong.pdf

Download (492kB)

Abstract

Lagun Mengkabong yang terletak di daerah Tuaran, Sabah merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dari aspek ekologi dan ekonomi. Lagun ini kaya dengan kepelbagaian biologi dan merupakan salah satu kawasan penternakan akuakultur tiram yang penting di Malaysia. Parameter kualiti air (saliniti, suhu, pH dan oksigen terlarut)dan min kepekatan logam berat (kadmium, plumbum dan zink) dalam sampel tiram yang diambil di kawasan penternakan akuakultur tiram di tiga buah stesen di kawasan lagun tersebut telah diukur. Tiram yang dikaji adalah daripada spesies Crassostrea iredalei. Daripada tiga jenis logam yang dikaji, didapati hanya logam zink yang berjaya dikesan kehadirannya dalam sampel tiram dan kepekatannya dipengaruhi oleh saiz tiram tersebut. Julat kepekatan logam zink adalah antara 940-1457 mglkg manakala saiz tiram yang dikaji pula dibahagikan pula kepada dua saiz iaitu saiz keeil = 4.5 em dan saiz besar = 8.7 em. Hubungan di antara parameter kualiti air dan juga kadar kepekatan logam zink dalam tiram diukur dengan menggunakan analisis korelasi. Keputusan menunjukkan bahawa parameter kualiti air yang dikaji tidak mempengaruhi kepekatan zink dalam tiram kerana tidak mepunyai nilai yang signifikan (p>0.05).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Lagun Mengkabong , Tuaran , aquatulture , oyster
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 20 Jun 2018 00:26
Last Modified: 20 Jun 2018 00:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20167

Actions (login required)

View Item View Item