Kesan kinetin dan asid giberelik terhadap pengekalan klorofil dalam Kai Lan

Nurhayati Sobri, (2008) Kesan kinetin dan asid giberelik terhadap pengekalan klorofil dalam Kai Lan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan kinetin dan asid giberelik.pdf

Download (619kB)

Abstract

Kajian dijalankan bagi mengkaji dan menilai keberkesanan hormon (kinetin dan asid giberelik) dalam melambatkan proses kelayuan dan senesen dalam sayur Kai Lan (Brassica oleraceae) melalui proses pengekalan klorofil (kehijauan). Dalam kajian ini, kepekatan hormon kinetin dan asid giberelik dimanipulasikan untuk menilai jumlah kandungan klorofil bagi sayur Kai Lan selepas seminggu dalam simpanan. Sayur Kai Lan yang barn dituai dibeli terus daripada pasar di Tuaran. Sampel sayur Kai Lan itu kemudiannya dibahagikan kepada 17 rawatan. Selepas seminggu dalam simpanan, setiap sampel dikeluarkan, warna daun dinilai dengan menggunakan mata kasar dan jumlah kandungan klorofilnya ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer. Kinetin dengan jumlah kepekatan 10 mg⁻¹ merupakan rawatan yang terbaik dengan pengekalan jumlah kandungan klorofil yang paling tinggi (27.23 mg⁻¹ ). Antara kesemua rawatan, sampel no. 7 yang mengandungi asid giberelik (10 mg⁻¹) menunjukkan perubahan warn a yang paling ketara, daripada hijau kepada kuning. Sampel no. 8 mencatatkan jumlah kandungan klorofil a yang tertinggi (14.24 mg⁻¹). Manakala rawatan kawalan mencatatkan jumlah kandungan klorofil b yang tertinggi (7.31 mg⁻¹). Kombinasi hormon yang terbaik untuk proses pengekalan klorofil ialah sam pel no. 8 dengan jumlah pengekalan klorofil sebanyak 25 .69 mg⁻¹.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: hormon, Brassica oleraceae, wilt process
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Jun 2018 00:48
Last Modified: 20 Jun 2018 00:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20174

Actions (login required)

View Item View Item