Taburan nutrien di Tasik Setompok, Kuala Penyu, Sabah

Jamad Amat, (2005) Taburan nutrien di Tasik Setompok, Kuala Penyu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
7Mb

Abstract

Kajian ini memberi fokus ke atas taburan kepekatan nutrien secara reruang dan masa bagi kandungan P0₄³ˉ-P , N0₃'-N dan SiO₂-Si di dalam jasad air dan bagi P dan N di dalam enapan Tasik Setompok. Sebanyak enam set kerja lapangan telah dijalankan bermula dari Mei 2003 hingga Februari 2004. Persampelan air dan enapan telah dilakukan pada masa air laut surut bagi mengenalpasti pengaruh nutrien dari daratan ke atas kawasan kajian. Hasil dari kajian menunjukkan nilai min kepekatan bagi P0₄³ˉ-P ialah 32.51 ± 5.26 µglˉ¹, NO₃ˉ-N ialah 506.60 ± 52.53 µglˉ¹ dan SiO₂-Si ialah 1437.38 ± 156.74 µglˉ¹ dengan julat kepekatan adalah masing-masing di antara 1.00 - 151.29 µglˉ¹, 1.86 - 2886.99 µglˉ¹ dan 10.90 - 16624.54 µglˉ¹. Nilai min kepekatan P ialah 148.55 ± 122.47 µglˉ¹ dan N ialah 392.79 ± 16.71 µgˉ¹ dengan julat kepekatan masing-masing adalah di antara 41.57 - 444.90 µglˉ¹ dan 370.33 - 433.67 µgˉ¹. Kepekatan PO₄³ˉ-P di dalam jasad air adalah berbeza di antara stesen persampelan dan tarikh persampelan. Manakala bagi NO₃ˉ-N dan SiO₂-Si hanya menunjukkan perbezaan di antara tarikh persampeian dan tidak berbeza di antara stesen yang berlainan. Namun begitu, kepekatan PO₄³ˉ-P, NO₃ˉ-N dan SiO₂-Si di dalam jasad air Tasik Setompok adalah tidak dipengaruhi oleh paras kedalaman jasad air. Kepekatan P di dalam enapan adalah berbeza bagi stesen dan tarikh yang berlainan. Kepekatan N di dalam enapan pula adalah tidak berbeza bagi stesen dan tarikh yang berlainan, yang mana ini menunjukkan kepekatan N tertabur dengan seragam pada enapan Tasik Setompok. Taburan nisbah N:P di dalam enapan adalah berbeza bagi stesen dan tarikh yang berlainan. Nilai julat nisbah N:P yang dicatatkan adalah diantara 1.34: 1 - 22.89:1 dengan nilai min 10:1. Oleh itu terdapat kekurangan N per unit P di dalam enapan bagi pertumbuhan alga. Nilai kepekatan PO₄³ˉ-P dicatatkan tinggi pada stesen-stesen cetek dan ini adalah dipengaruhi oleh input dari kawasan pertanian yang diluahkan ke dalam Tasik Setompok melalui sungai-sungai yang terdapat di sekitarnya. Sumber lain input PO₄³ˉ-P turut disumbangkan melalui pembuangan sisa kumbahan penduduk setempat. Namun begitu input ini adalah bermusim dan tidak malar. Input NO₃ˉ-N dari darat adalah ketara dalam mempengaruhi kepekatan NO₃ˉ-N di dalam jasad air, namun input ini bukan hanya datang dari kawasan pertanian berdasarkan catatan data yang diperolehi bagi kawasan kajian. Kepekatan SiO₂-Si dalam jasad air Tasik Setompok turut dipengaruhi oleh input dari kawasan hiliran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Distribution of nutrients, Lake
Subjects:?? GB1601-2398 ??
?? QE351-399.5 ??
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:2021
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Mar 2011 17:53
Last Modified:24 Mar 2011 17:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository