Logam berat dalam sedimen sungai di sekitar bekas lombong tembaga Mamut Ranau, Sabah

Elnye Marinie Jummat, (2007) Logam berat dalam sedimen sungai di sekitar bekas lombong tembaga Mamut Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah untuk menentukan kepekatan, taburan mengikut saiz butiran, fraksi geokimia, kedapatan dan kelarutan logam berat (Fe, Mn, Cu, Zn, Cd dan Cr) dalam sedimen sungai. Sebanyak lima sampel sedimen telah dikutip dan Sungai Bambangan ( R1), Sungai Liwagu (112& R3), Sungai Lohan (R4) dan Sungai Mamut (R5) di Ranau, Sabah. Kecuali R2, kesemua tapak pensampelan terletak di bahagian hilir bekas lombong tembaga. Setiap sampel sedimen pukal (< 2 mm; SP) diayak untuk memperolehi butiran bersaiz 1-2 mm (S1), 0.5-1 mm (S2), 0.25-0.5 mm (S3), 0.125-0.25 mm (S4), 0.063-0.125 mm (S5) dan < 0.063 mm (S6), dan kepekatan jumlah masing-masing logam dalam setiap fraksi butiran ditentukan secara penghadaman asid. Fraksi geokimia setiap logam dalam butiran halus (S6) ditentukan secara ekstraksi berjujukan berdasarkan kaedah BCR. Untuk perbandingan penentuan ini juga dilakukan terhadap sampel pukal (SP) masing-masing. Kelarutan logam dalam butiran S6 dan SP setiap sedimen ditentukan secara ekstraksi dengan larutan akueus pH berbeza (pH 2.0 hingga 7.0) manakala kedapatan logam ditentukan menggunakan 0.05 M Na₂EDTA sebagai larutan pengekstrak. Kepekatan logam Fe, Mn, Cu, Zn, Cd dan Cr dalam hasil penghadaman dan ekstraksi ditentukan dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom. Hasil kajian menunjukkan sedimen sungai mempunyai peratus butiran S1, S2, S3, S4, S5 dan S6 yang berbeza. Kepekatan setiap kogam meningkat dengan penurunan saiz butiran: S1<S2<S3<S4<S5<S6, dan mengikut urutan Fe>>Mn>Cu>Zn>Cr>Cd untuk setiap fraksi butiran, dengan kepekatan Fe dalam julat 16270 - 43050 µg/g manakala Cd adalah kurang dari 3.0 µg/g. Secara relatifnya, kepekatan logam adalah lebih tinggi dalam sedimen sungai yang menerima impak langsung dari lombong iaitu R1, R4 dan R5. Logam-logam dalam sedimen sungai adalah terdiri dari empat fraksi geokimia iaitu F1 (boleh tukarganti dan terikat kepada karbonat), F2 (termendak bersama oksida Fe dan Mn), F3 (terkompleks dengan bahan organik) dan F4 (residu). Walau bagaimanapun taburan dan peratus atau amaun setiap fraksi geokimia adalah berbeza antara sedimen dan jenis logam. Peratus logam dalam setiap fraksi geokimia adalah lebih tinggi dalam sedimen pukal (SP) berbanding butiran halus sedimen (S6) manakala amaun logam dalam setiap fraksi geokimia adalah lebih tinggi dalam butiran halus sedimen (S6) berbanding sedimen pukal (SP). Jumlah kepekatan logam dalam setiap fraksi geokimia menunjukkan persetujuan yang baik (perolehan ~ 100 %) dengan kepekatan jumlah masing-masing. Untuk setiap sedimen amaun boleh dapat logam adalah lebih tinggi dalam S6 berbanding SP tetapi kedua-duanya mengikuti urutan Fe>>Mn>Cu>Zn>Cr>Cd. Kedapatan Fe, Mn dan Cu adalah berkorelasi baik (R² > 0.9) dengan kepekatan jumlah. Bergantung kepada jenis logam, amaun boleh dapat logam merangkumi sekurang-kurangnya satu fraksi geokimia, tennasuk F1. Kelarutan logam juga lebih tinggi dalam S6 berbanding SP, dan meningkat secara tidak linear dengan penurunan pH. Kelarutan adalah berbeza mengikut sampel sedimen tetapi mempunyai korelasi yang lemah dengan kepekatan jumlah. Amaun terlarut setiap logam merangkumi sekurang-kurangnya fraksi F1 dan bilangan fraksi geokimla yang terlibat meningkat dengan penurunan pH. Pada keseluruhannya, logam berat (Fe, Mn, Cu, Zn, Cd dan Cr) dalam sedimen sungai-sungai kajian berbeza dengan ketaranya dari segi kepekatan, taburan mengikut saiz butiran, taburan mengikut fraksi geokimia, kedapatan dan kelarutan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Heavy metals, River sediments, Former copper mine
Subjects:?? GB1201-1598 ??
?? QE351-399.5 ??
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:2022
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Mar 2011 17:47
Last Modified:24 Mar 2011 17:47

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository