Kesan inokulasi Rhlzobium dan Mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine Max (L.) Merrill) Var Ags58

Wan Mustaqimah Mohd Mazuky, (2006) Kesan inokulasi Rhlzobium dan Mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine Max (L.) Merrill) Var Ags58. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan inokulasi Rhlzobium dan Mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine Max (L.) Merrill) Var Ags58..pdf

Download (418kB)

Abstract

Kajian ini telah dilakukan di Makmal Ladang, Universiti Malaysia Sabah untuk menilai kesan inokulasi Rhizobium, vesikel arbuskular mikoriza dan gabungan Rhizobium dengan mikoriza ke atas pcmbintilan dan penghasilan biji kacang soya. Enam jcnis rawatan digunakan dalam eksperimen ini termasuk satu kawalan tanpa inokulasi Rhizobium dan mikoriza yang mana setiap rawatan mempunyai empat replikasi dan disusun dalam Rekabentuk rawak Icngkap (CRD). Rawatan digunakan ialah inokulasi Rhizobium dengan kadar disyorkan (satu kali ganda), dua atau rawatan tiga kali ganda, 20g mikoriza sahaja dan 20g mikoriza + Rhizobium (satu kali ganda). Penentuan kesan inokulasi-inokulasi adalah berdasarkan berat kering bintil, akar, daun, batang, lenggai dan hasil biji. Inokulasi dengan Rhizobium, vesikel arbuskular mikoriza dan gabungan Rhizobium dan tidak menunjukkan kesan yang ketara terhadap tumbesaran bahagian akar, pengeluaran daun dan penghasilan lenggai dan biji melainkan peningkatan pembintilan akar yang terhasil kesan inokulasi gabungan Rhizobium dengan mikoriza. Kacang soya yang diinokulasikan dengan 3 kali ganda Rhizobium menghasilkan perbezaan min yang tinggi berbanding rawatan lain dari segi berat kering daun (5.71g/pokok), berat kering akar (3.44 g/pokok), berat kering lenggai (15.2g/pokok) dan hasil biji (3.59g/pokok)

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: CRD , Inoculation , mycorrhizal arbuscular vesicles
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 21 Jun 2018 05:46
Last Modified: 21 Jun 2018 05:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20245

Actions (login required)

View Item View Item