Persepsi guru-guru prasekolah terhadap iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah prasekolah di Gabungan Keningau

Kilin Toyou, (2005) Persepsi guru-guru prasekolah terhadap iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah prasekolah di Gabungan Keningau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
6Mb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru prasekolah yang mengalami stres berkaitan dengan iklim kerja dan tugas dalam mengurus bilik darjah prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalankan ke atas semua guru prasekolah iaitu seramai 55 orang guru di Gabungan Keningau yang dipilih secara berkelompok menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah, statistik deskriptif (min), inferensi(Ujian-t), ANOVA satu hala dan Kolerasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang kuat(r=0.807, p<0.01) antara pembolehubah iklim kerja dengan tahap stres guru-guru dan terdapat hubungan yang kuat (r=0.770, p<0.01) antara pembolehubah pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru-guru di Gabungan Keningau. Diharapkan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan mereka bentuk progam bagi mengatasi masalah stres di kalangan guru-guru khasnya guru-guru prasekolah ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan profesion perguruan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Preschool teachers, Working climate, Preschool classroom management, Keningau,
Subjects:?? LB2801-3095 ??
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:2026
Deposited By:IR Admin
Deposited On:07 Mar 2011 18:38
Last Modified:07 Mar 2011 18:38

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository