Cirian lapisan cat dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR)

Samsiah Sulaiman, (2008) Cirian lapisan cat dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Cirian lapisan cat dengan menggunakan spektroskopi .pdf

Download (6MB)

Abstract

Teknik Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FJIR) digunakan dalam kajian ini untuk membuat pencirian ke atas dua sampel cat iaitu cat kayu dan cat simen. Objektif kajian ini adalah untuk mengalisis persarnaan dan perbezaan bagi cat kayu dan cat simen. Spektrum bagi kedua-dua cat ini dikumpul dengan menggunakan kaedah FTIR dengan perisian OMNIC buatan Syarikat Thermo-Nicolet Corporation, Amerika Syarikat. Peratus pemancaran (percent transmittance) %T melawan nombor gelombang dalam unit cm⁻¹ diplot pada spektrum kedua-dua cat. Daripada spektrum yang diperolehi, kumpulan berfungsi dan struktur ikatan molekul dapat dikenal pasti. Parameter yang dititik beratkan dalam kajian ini adalah frekuensi (cm), keamatan (kuat, sederhana, atau kuat), dan bentuk (lebar atau tajam). Kumpulan berfungsi yang dapat dikesan dalam larutan cat simen antaranya ialah alkobol dengan regangan O-H dan C-O, asid karboksilik O-H, alkana C-H, alkena C=C, sebatian karbonil dengan regangan C-O, Amina C-N dan alkil balida C-F. Larutan cat kayu juga mempunyai kumpulan berfungsi yang sarna seperti cat simen kecuali kumpulan alkil balida C-F. Hasil daripada perbandingan, didapati terdapat perbezaan ikatan bidrogen yang berkeamatan kuat dan lebar dalam alkohol pada frekuensi 2842cm⁻¹. Mod pembengkokan bagi kumpulan alkana (CH3) dengan keamatan sederhana banya terdapat dalam cat kayu dengan frekuensi 1452cm⁻¹ dan alkil halida C-F yang hanya wujud dalam larutan cat simen pada frekuensi 1007.47cm⁻¹ juga memperlihatkan perbezaan antara kedua-dua cat ini. Persamaan antara kedua-dua eat ialah mempunyai asid karboksilik yang berkeamatan kuat dan berbentuk lebar dengan regangan C-O serta alkana yang mempunyai getaran regangan simetri dan asimetri bagi metilena (CH2) berkeamatan tinggi pada frekuensi 2919.5cm⁻¹ dan 2850.28cm⁻¹.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fourier Transform Spectroscopy Infrared (FTIR) technique, wood paint, cement paint
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 12 Jul 2018 06:26
Last Modified: 12 Jul 2018 06:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20295

Actions (login required)

View Item View Item