Pengasingan dan pengenalpastian bakteria Extended Spectrum Beta- Lactamase (ESBL) dalam sampel makanan di Sabah

Plorrah Paulinus, (2010) Pengasingan dan pengenalpastian bakteria Extended Spectrum Beta- Lactamase (ESBL) dalam sampel makanan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002936.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti bakteria gram negatif yang membawa enzim ESBL daripada daging ayam dan daging lembu di Pasar Kota Kinabalu, Sabah. Enzim ESBL yang dijumpai dalam bakteria Enterobacteriacea menyebabkan bakteria tersebut rintang terhadap antibiotik yang kuat seperti antibiotik Cephalosporin generasi ketiga. Sepuluh koloni bakteria yang telah diasingkan daripada daging ayam dan daging lembu dikenalpasti dengan menggunakan ujian biokimia iaitu API20E dan pewarnaan gram. Ujian kerintangan terhadap antiblotik dilakukan untuk mengesan kehadiran enzim ESBL dalam bakteria yang dipencilkan dan mendapati bahawa kesemua sampel adalah negatif ESBL berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oIeh NCCLs. Pengenalpastian bakteria diteruskan dengan kaedah PCR menggunakan genus spesifik primer, RFLP dan penjujukan separa DNA. Dua sampel yang dikenalpasti sebagai Citrobacter freundii melalul API20E telah disahkan dengan kaedah PCR. Penjujukan separa DNA yang dijalankan ke atas lapan sampel bakteria yang tidak dapat dikenalpasti telah menunjukkan kehadiran Citrobacter freundii dalam enam sampel bakteria yang lain serta kehadiran Aeromonas veronil dan Kluyvera atau Klebsiella masing-masing dalam satu sampel bakteria. Kesimpulannya, Kajian ini menunjukkan bahawa bakteria ESBL tidak hadir dalam sampel daging ayam dan daging lembu yang dikaji. Hasil kajian ini boleh mencerminkan bahawa daging ayam dan daging lembu di pasaran Sabah adalah bebas daripada pencemaran bakteria ESBL Kaedah molekular harus diaplikasi dalam pengenalpastian bakteria memandangkan kegagalan dalam pengenalpastian bakteria yang tepat dengan menggunakan kaedah API20E.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: negative bacteria, ESBL enzyme, meat, poultry, Enterobacteriacea, antibiotic
Subjects: Q Science > QR Microbiology > QR75-99.5 Bacteria
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2016 02:22
Last Modified: 17 Oct 2017 05:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2030

Actions (login required)

View Item View Item