Toleransi dan pluralisme menurut pengalaman masyarakat Bidayuh

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, and Wan Ariffin Wan Yon, and Suraya Sintang, (2014) Toleransi dan pluralisme menurut pengalaman masyarakat Bidayuh. Jurnal Usuluddin, 40. pp. 99-133.

[img] Text
Toleransi dan pluralisme menurut pengalaman masyarakat Bidayuh.pdf

Download (91kB)

Abstract

Saudara baru dalam masyarakat Bidayuh mempamerkan toleransi yang tinggi melalui kerjasama dan kesediaan untuk kekal tinggal bersama dan menjalin hubungan intim dengan ahli keluarga yang berbeza agama. Sikap dan perlakuan ini mempamerkan unsur pluralisme agama, sama ada dalam keadaan sedar ataupun tanpa disedari, ataupun mungkin di luar daripada batas pengetahuan mereka yang baru berjinak mempelajari dan memahami ajaran Islam. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan sejauh mana pengalaman toleransi dan pluralisme agama masyarakat Bidayuh melalui amalan tinggal bersama dan berkongsi perayaan kebesaran agama yang menjadi kelaziman masyarakat tersebut boleh diklasifikasikan sebagai penerimaan unsur pluralisme agama. Ia juga meneliti sama ada pluralisme agama ini boleh disamakan dengan toleransi yang merujuk kepada kesediaan menjalin hubungan intim dan harmoni dengan ahli keluarga yang berbeza agama. Akhirnya, didapati bahawa pengalaman masyarakat Bidayuh berhubung toleransi dan pluralisme agama berlaku secara natural. Masyarakat ini tidak memahami konsep yang dibahaskan dalam isu hubungan antara umat beragama, tetapi telah lama mengaplikasikannya dalam dialog kehidupan mereka, khususnya antara Muslim dengan non Muslim yang ditonjolkan melalui amalan toleransi yang tinggi dan fahaman pluralisme yang diertikan sebagai keupayaan meraikan kepelbagaian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tolerance , pluralism , Bidayuh , inter-religious relations
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 11 Jul 2018 01:00
Last Modified: 11 Jul 2018 01:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20358

Actions (login required)

View Item View Item