Inventori kepelbagaian rama-rama di Taman Bukit Tawau

Nor Zariah Baba, (2008) Inventori kepelbagaian rama-rama di Taman Bukit Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Inventori kepelbagaian rama-rama.pdf

Download (9MB)

Abstract

Kajian mengenai inventori kepelbagaian rama-rama makro telah dijalankan di Taman Bukit Tawau, dengan memilih tiga stesen kajian iaitu Kolam Air Panas, Asrama 10.5km dan Substesen Balong. Objektif utama kajian ini adalah (1) menyediakan senarai semak spesies rama-rama makro yang tedapat di Taman Bukit Tawau dan (2) membandingkan kepelbagaian rama-rama makro yang terdapat di ketiga-tiga stesen kajian terpilih di Taman Bukit Tawau. Kaedah perangkap cahaya telah digunakan dalam kajian ini dengan 36 jam persampelan berkesan (12jam/malam x 3malam) bagi setiap stesen kajian yang terpilih. Dari hasil tangkapan di keseluruhan stesen kajian, sejumlah 486 individu dengan 217 spesies rama-rama dari 15 famili telah berjaya ditangkap. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener pula menunjukkan nilai kepelbagaian yang tinggi di ketiga-tiga kawasan, Stesen Kolam Air Panas (H'= 4.19 1), Stesen Asrama 10.5km (H'= 4.5870), dan Substesen Balong (H'= 4.01). Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan diperolehi dari perbandingan ketiga-tiga kawasan kajian (p>0.05).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: moth, diversity, light trap method
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 10 Jul 2018 06:59
Last Modified: 10 Jul 2018 06:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20449

Actions (login required)

View Item View Item