Kesan persilangan radar (Radar cross section) terhadap objek berbentuk tajam

Noriean Azraaie, (2008) Kesan persilangan radar (Radar cross section) terhadap objek berbentuk tajam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan persilangan radar.pdf

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai kesan persilangan radar terhadap objek berbentuk tajam. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan kesan persilangan radar (RCS) dan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai persilangan radar (RCS) terhadap objek tajam tersebut. Objek tajam yang digunakan untuk kajian ini adalah objek tajam dengan sudut 50° dan objek tajam dengan sudut 20° yang dibuat daripada bahan logam, aluminium dan kad manila. Kajian ini dijalankan di makmal PemprosesanIs yarat dan Instrumentasi, Sekolah Sains dan Teknologi, UMS dengan menggunakan sebuah alat sistem latihan radar berjenama Lab-Volt. Parameter yang digunakan ialah jarak, frekuensi, bentuk dan bahan binaan objek tersebut. Nilai RCS diukur melalui pengukuran voltan puncak ke puncak yang diterima pada sebuah osiloskop. Nilai RCS berkadar songsang dengan penambahanja rak objek sasaran dari antenna penerima.Jarak objek dari antena penerima tersebut bermula dari 0.0cm sehingga 80.0cm. Nilai persilangan radar (RCS) berkadar terus dengan penambahan isyarat frekuensi yang dipancarkan dari antena penerima. Frekuensi adalah berkadaran dengan kadar 0 .2GHz bagi setiap penambahan. la bermula dari frekuensi 8 .0GHz sehingga 10.0GHz. Bentuk dan bahan binaan sasaran turut memberi kesan terhadap nilai persilangan radar (RCS) yang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: radar cross section (RCS), sharp targets, oscilloscope
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 11 Jul 2018 01:01
Last Modified: 11 Jul 2018 01:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20456

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository