Kesan suhu ke atas kandungan sukrosa dalam beberapa varieti pisang

Suliza Arshad, (2008) Kesan suhu ke atas kandungan sukrosa dalam beberapa varieti pisang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan suhu ke atas kandungan.pdf

Download (9MB)

Abstract

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji kesan suhu ke atas kandungan sukrosa di dalam buah pisang yang matang dan mengukur kandungan sukrosa di dalam beberapa varieti pisang. Tiga jenis varieti pisang berbeza telah dipilih sebagai bahan kajian ini iaitu Pisang Berangan, Pisang Keling dan Pisang Emas. Ketiga-tiga pisang ini telah ditempatkan di dalam bilik pada dua suhu yang berbeza iaitu suhu bilik sejuk dan suhu makmal. Pengukuran bagi mengetahui bacaan kandungan sukrosa yang terdapat di dalam ketiga-tiga jenis buah pisang dibuat setiap dua han selama 14 hari. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara suhu dan kandungan sukrosa yang terdapat di dalam pisang yang menunjukkan bahawa suhu mempengaruhi kadar pcmbentukan sukrosa di dalam buah pisang. Manakala bagi kandungan peratusan sukrosa yang tertinggi dicapai oleh setiap varieti pisang sepanjang peranuman adalah, 47.01% bagi Pisang Keling, 57.01 % dalam Pisang Berangan dan 59.21 % di dalam Pisang Emas. Penyimpanan di dalam makmal juga dikenalpasti sebagai simpanan terbaik bagi mendapatkan peratusan kandungan sukrosa yang tinggi bagi semua varieti. Terdapat juga korelasi positif di antara indeks peranuman buah dan peratusan kandungan sukrosa yang terkandung di dalam buah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: temperature, sucrose, matured banana
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 12 Jul 2018 06:00
Last Modified: 12 Jul 2018 06:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20470

Actions (login required)

View Item View Item