Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh

Salehah Abu Nor, (2008) Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh.pdf

Download (771kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengira dan mentafsir aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui pengiraan cfu (colony forming unit), menilai aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui berapa lama tempoh masa pemakaian kanta sentuh, dan mengenalpasti agen kontaminasi (mikrobial) yang utama pada kanta sentuh. Kaedah kajian ini dimulakan dengan mengedarkan soalan kaji selidik yang mengandungi 12 soalan berkaitan pemakaian kanta sentuh, kepada responden yang memakai kanta sentuh. Seramai 16 orang responden yang sukarela untuk kajian ini iaitu 14 orang perempuan dan dua orang lelaki yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah. Sampel kanta sentuh yang diperolehi dimasukkan ke dalam 2ml larutan penimbal fosfat bergaram (PBS) pH 7.2 dan disimpan pada suhu 4°C sebelum analisis terperinci dijalankan. Sebanyak 71 sampel yang mengandungi kanta mata sebelah kiri dan juga kanta mata sebelah kanan diperolehi daripada responden, dianalisa menggunakan kaedah pengkulturan bakteria dari kanta dimana medium pengkulturan yang digunakan ialah agar nutrient dan Tryptic Soy Agar (TSA). Setiap eksperimen diulang sebanyak tiga kali. Tujuan pemakaian kanta sentuh dikalangan responden ialah kerana rabun jauh, kosmetik, bersukan, keselesaan dan rabun dekat. Analisa statistik Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan bererti pada nilai cfu mengikut jenis sampel kanta sentuh di mana analisa statistik Chi-square memberikan p=0.000 (p<0.05). Manakala nilai p=0.000 (p<0.05) bagi analisa nilai cfu dengan tempoh pemakaian kanta sentuh. Ini menunjukkan bahawa kadar kontaminasi bergantung kepada jenis jenis kanta dan juga tempoh pemakaian kanta sentuh. Bakteria yang dipencilkan dalam kajian ini kemudian dianalisis dengan mikroskop dan pewarnaan Gram. Daripada analisa ini, 44.23% adalah bakteria berwarna putih kekuningan dan merupakan bakteria Gram negatif, dan 32.7% adalah bakteria Gram negatif juga dengan morfologi putih serta licin. Kedua-dua kontaminan yang utama ini kemudian di identifikasikan dengan menggunakan BIOLOG. Keputusan menunjukkan bahawa kontaminan utama adalah Vibrio fluvialis dan Aeromonas encheleia di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: microbial, contact lenses, colonization, colony forming unit
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 12 Jul 2018 07:43
Last Modified: 12 Jul 2018 07:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20476

Actions (login required)

View Item View Item