Aplikasi fotodiod dan pengesan hujan sebagai sensor kepada ampaian baju automatik

Nour Azilawaty Bahar, (2008) Aplikasi fotodiod dan pengesan hujan sebagai sensor kepada ampaian baju automatik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Aplikasi fotodiod dan pengesan hujan.pdf

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mereka bentuk satu prototaip ampaian rumah dengan menggunakan peranti optoelektronik sebagai sensornya serta menganalisa prestasi model ampaian tersebut. Sensor optik yang digunakan ialah fotodiod dan pengesan hujan. Dalam kajian ini terdapat empat litar yang dibangunkan iaitu litar pengesan cahaya, litar pengesan hujan dan dua litar pemasa. Litar pengesan cahaya dan litar pengesan hujan ini dibina bagi memainkan peranan sebagai suis kepada litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Prestasi keempat-empat litar ini diuji dengan membandingkan kecekapannya untuk memberi tindak balas terhadap kehadiran cahaya dan juga hujan. Selain itu, prestasi ampaian juga diuji dengan gangguan cahaya pendaflour pada waktu malam samaada ia memberi kesan yang signifikan atau sebaliknya. Ampaian berfungsi apabila sensor pada litar mengesan kehadiran hujan atau cahaya dan mencetuskan geganti pada litar pengesan. Geganti bertindak sebagai suis kepada dua litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Motor yang terdapat pada litar pemasa menggerakkan dawai ampaian melalui mekanisme tolak dan juga tarik. Litar yang dibina ini beroperasi dengan menggunakan fungsi geganti yang berada pada dua keadaan iaitu terbuka normal dan tertutup normal. Kesimpulannya, prototaip ampaian yang dibina dapat berfungsi pada julat waktu pagi dan petang bersesuian dengan fungsinya sebagai ampaian baju.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: design, automatic cloth line, optoelectronic sensor, photodiode
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:54
Last Modified: 17 Jul 2018 05:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20493

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository