Kajian kesan aditif kompleks, pengudaraan dan kombinasi hormon BAP dengan aditif kompleks ke atas perkembangan orkid Paphiopedilum rothschildianum

Jenetta James Kombuyuk, (2008) Kajian kesan aditif kompleks, pengudaraan dan kombinasi hormon BAP dengan aditif kompleks ke atas perkembangan orkid Paphiopedilum rothschildianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian kesan aditif kompleks.pdf

Download (9MB)

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan aditif kompleks, kesan pengudaraan dan kesan kombinasi hormon BAP dengan aditif kompleks terhadap perkembangan Paphiopedilum rothschildianum. Eksplan yang digunakan adalah biji benih Paphiopedilum rothschildianum dari peringkat ketiga, keempat dan kelima. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian yang berturutan. Dalam bahagian pertama kajian, eksplan dikulturkan dalam medium RE dengan kekuatan penuh vitamin MS yang mempunyai aditif kompleks secara tunggal. Aditif kompleks pada kepekatan 10% (w/v) yang digunakan adalah ubi kentang, kacang merah, ubi manis, kacang hijau, beras pulut, keladi, ubi kayu dan pepton pada kepekatan 2 g/l. Selepas 30 hari pengkulturan, eksplan yang bergerak ke peringkat keenam dengan cepat adalah dalam medium dengan rawatan ubi kayu dan keladi. Dalam bahagian kedua kajian ini, eksplan dikulturkan dalam medium RE dengan kekuatan penuh vitamin MS yang mempunyai kombinasi BAP pada kepekatan 0 mg/1,3 mg/I dan 7 mg/I dengan 10% (w/v) ubi kayu atau 10% (w/v) keladi. Sepanjang tempoh 60 hari pengkulturan, eksplan bergerak ke peringkat keenam paling cepat dalam medium kombinasi BAP pada kepekatan 7 mg/1 dan 10% (w/v) ubi kayu iaitu sebanyak 12.5% pada hari ke 60 pengkulturan. Kombinasi BAP dan ubi kayu atau keladi tidak menunjukkan kesan yang jelas terhadap panjang daun dan akar. Bilangan daun yang paling banyak dihasilkan pada media kawalan yang hanya mempunyai ubi kayu iaitu dengan min bilangan daun 1.375. Kombinasi BAP pada kepekatan 3 mg/I dan keladi pada kepekatan 10% (w/v) didapati mengaruhkan penghasilan akar yang banyak iaitu dengan min bilangan akar sebanyak 1.333. Penggunaan bekas kultur dengan pengudaraan dalam tempoh yang panjang memberikan kesan negatif kepada spesies ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: complex additives, aeration, combinations of BAP, Paphiopedianum rothschildianum
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:55
Last Modified: 17 Jul 2018 05:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20497

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository